w00t-w00tttttttt.....

kamu lebih dari f0ll0wers - kamu adalah SAHABATKU-

Monday, September 24, 2012

Waktu-Waktu Doa Mustajab...


Ada waktu-waktu tertentu yang mempunyai nilai mustajab doa. Maka jangan sia-siakan kesempatan untuk berdoa di waktu itu.
1. Waktu sepertiga malam yang akhir
Sesungguhnya Rasulullah bersabda:
“Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya”.(HR Bukhari dan Muslim)
2. Sewaktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”.(HR Ibnu Majah)
3. Doa selepas solat fardhu
“Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu” (HR Al-Tirmizi)
4. Doa di dalam sujud
“Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan” (HR Muslim)
“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa” ( HR Muslim )
5. Sesaat pada hari Jumaat
“Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”. (HR Bukhari dan Muslim)
6. Ketika Lailatulqadar
Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
“Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu say abaca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )
7. Ketika Hari Arafah
Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/83)
8. Doa antara Azan dan Iqamah
“Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” (HR Al-Tirmizi)
9. Ketika Hujan
Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340)

kredit to :- myibrah.com 

love diz soundtrack - Step Up 4 (Revolution)

360p stereo Step Up 4 soundt free mp3 downloads

4 tahap didikan anak.menurut Rasulullah S.A.W



pix amik kat Facebook ye....

Friday, September 21, 2012

Pakej Jalur Lebar 1Malaysia – Serendah RM20/Bulan



Penduduk luar bandar di Sabah, Sarawak, Pahang, Terengganu dan Kelantan bakal menikmati kemudahan melanggan Pakej Mampu Milik Jalur Lebar 1Malaysia dari harga serendah RM20 sebulan bermula 16 September ini.

Menerusi pakej tersebut, mereka boleh memilih untuk mendapatkan perkhidmatan tanpa wayar dengan caj RM20 hingga RM25 sebulan bagi kelajuan 512 kilobait sesaat (kbps) hingga 1 megabait sesaat (mbps) manakala perkhidmatan berwayar pula RM38 dengan kelajuan minimum 384kbps dengan kapasiti tanpa had.

Pakej asas tersebut akan ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi tidak lama lagi dengan syarat-syarat kelayakannya bakal diumumkan kelak.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pakej tersebut diperkenalkan untuk mengurangkan jurang digital antara bandar dan luar bandar selain meningkatkan kadar penembusan jalur lebar.

“Kita cuba dulu di lima negeri itu kerana kadar penembusan jalur lebar mereka masih di bawah kadar negara iaitu 64 peratus.

“Jika pakej yang ditawarkan mendapat sambutan, kita akan perluaskan ke negeri-negeri lain,” jelasnya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pakej tersebut di sini semalam- Kosmo



----------------------

pst :-...peluang utk rakyat sabah....yehaaaaaa......tungguuuuuu....

baca kat penpatah.blogspot.com

mood movie 3D......








Thursday, September 20, 2012

sedih & kekok....

-------------------------------


kenapa aku rasa sedih..????

- aku rasa diri ni mcm "useless"...sbb sejak dua menjak ni terasa yg diri ni lalai, tak ambil peduli akan kerja yang dilakukan....setiap kerja yg diselesaikan selalu lupa nak 'follow-up'...apa kes dgn aku ni????..

bila da 'follow-up'...still lupa nak double check sama ada apa yg aku 'follow-up' tu da selesai @ belum......benci, benci, benci......sorry to my fren sbb kelalaian aku, dia jd mangsa keadaan, kelalaian yg tidak disengajakan....tp still buat aku rasa diri ni 'useless' sgt2....

------------------------------


kenapa aku rasa kekok..????

- aku rasa kekok sgt2 bila keja yg dilakukan selama ini...akhirnya ada yg tak kena....oooohhhhh tidakkkk...kenapa ini berlaku....rasa mau nanges pun ada....:(

Wednesday, September 19, 2012

Derma Darah....19.09.2012....(edited)


assalamualaikum w.b.t.....& selamat  pagi....

hari ini misi aku nak derma darah utk bank darah hospital tawau, actually dalam masa yang sama tolong kawan. harap2 kondisi badan pada hari ini cukup kuat......insya-Allah, lgpun da lama tak pigi menderma darah sbb sibuk dengan tugasan opis.

doakan saya ya...semoga semuanya berjalan dengan lancar....aminnnnnnnn.... :)

(aku darah jenis O...)


(hahahaha...seharian da post ni baru perasan yg tarikh kat atas tu silap, da tukar ke tarikh sebenar, hahahaha)

Thursday, September 13, 2012

vid - SYEERA SANDERS

love all her songs......:)





TEMAN PENGGANTI


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

nak view apa ek??...just click je..:)

Piala AFF (4) jodoh (4) Harimau Malaya (3) 2013 (2) BENASHAARI.COM (2) MAKDARA (2) Najwa Latif (2) REMAJA (2) Rajagobal (2) doa (2) info kesihatan (2) kahwin (2) lelaki (2) mercun (2) perempuan (2) rusuk (2) #doautkMH370 (1) #prayforMH370 (1) 1Malaysia (1) 2012 (1) A Thousand Years (1) AFF SUZUKI (1) ASK (1) AirAsia (1) Al-Fatihah (1) Alfred Riedl (1) Apollo Medical Team (1) BADMINTON (1) BEN ASHAARI (1) BERAS (1) BLACK ft. MALIQUE (1) BURAS (1) Bambang Pamungkas (1) Bernama (1) Borobudur (1) Boyfriend (1) Brain (1) Bruno Mars (1) Bugis (1) CUEPACS (1) Celcom (1) DIET (1) Datuk Hj Juhar Hj Mahiruddin (1) Datuk Seri Dr. Rais Yatim (1) Dejavu (1) Digi (1) FKAT (1) FPI (1) Fakta (1) Firman Utima (1) GAMBIT SAIFULLAH (1) Garuda (1) Haid (1) Happy Fathers Day (1) Happy New Year (1) Homisid (1) ILKA (1) IPTA (1) JUPE (1) Jakarta (1) Jawa Tengah (1) Justin Bieber (1) KARANGKRAF (1) Kinabalu (1) Kristen Stewart (1) Lanun (1) Lulu-Pages (1) MAN KIDAL (1) MARAH (1) MM RAZIF (1) MOJO (1) Maal Hijrah (1) Mackenzie Foy (1) Marion Counter (1) Maxis (1) Microsoft (1) Moshe Dayan (1) NAZA (1) NSAID (1) Nazim Othman (1) Nikah (1) Osman Kering (1) PhD (1) Platonic Love (1) RAYA (1) REMEMBER YOU (1) Robert Pattinson (1) SEAN KINGSTON (1) SHERVINTON EXECUTIE BOUTIQUE HOTEL (1) SITI NURHALIZA (1) SM Nasarudin (1) SSFC (1) Safee Sali (1) Sailendra (1) Sinar Harian (1) Sleeq (1) Surface (1) T-Shirt KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (1) TEVT (1) TV3 (1) Tabung Ahmad Sufi (1) Tawau (1) Teman Pengganti (1) Ultra Malaya (1) VOTE (1) adele (1) aepul drama (1) aidil zafuan (1) alviss kong (1) ariel sharon (1) awek (1) azam (1) baidu.com (1) bank darah (1) berat (1) berkat (1) bogel (1) bulan rejab (1) bunuh diri (1) cerita dia (1) christina perri (1) cikshida (1) dark circle (1) derma darah (1) doa iftitah (1) doodle (1) drama band (1) erti (1) erti keberkatan hidup (1) eye roll-on (1) eyebag (1) farizal (1) fizgraphic (1) fonofobia (1) fotofobia (1) gaji (1) garnier (1) google.com (1) header (1) hidup (1) hospital tawau (1) idea (1) imsak (1) instinct (1) integriti (1) j0d0h.... (1) jamal abdillah (1) kanser rahim (1) kawen (1) kecewa (1) kereta (1) khalifah dunia (1) lirik (1) majalah (1) malique (1) mati (1) mcDonald (1) migrain (1) mimpi (1) mohd fahdli (1) niat puasa (1) nik aziz (1) paracetamol (1) pasrah (1) penpatah (1) percaya padaku (1) pesona (1) reward (1) rindu (1) sabah (1) sahur (1) sedih (1) someone like you (1) sony ericcson xperia x10 mini (1) stay (1) stayreward (1) syeera sanders (1) takut (1) terbang (1) tip (1) tip membina pesona diri (1) tulang (1) ungu (1) wan zack (1) wanita (1) warden (1) zzati (1)