Pages

Tuesday, December 14, 2010

-kemasukan ke IPTA / TEVT / ILKA-

KUALA LUMPUR — Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setarafnya

boleh membuat permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam

(IPTA), Institut Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) dan

Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi pengajian 2011/2012

secara talian di www.upu.mohe.gov.my.


Menurut Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) , permohonan kemasukan ke TEVT

dan ILKA adalah terbuka kepada lepasan SPM atau setaraf, lepasan Sijil

Kemahiran Malaysia (SKM) atau lepasan Sekolah Menengah yang

akan dilaksanakan secara serentak dengan permohonan kemasukan

ke IPTA bagi lepasan SPM.


Institusi yang terlibat dalam kemasukan ke program sijil dan diploma di TEVT

dan ILKA adalah Politeknik, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN),

Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Pusat Latihan Pengajar dan

Kemahiran Lanjutan (CIAST).


Ia termasuk di Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC), Pusat Latihan

Teknologi Tinggi (ADTEC), Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI),

Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan

Kolej Komuniti.


Menurut JPT, permohonan ke IPTA pula dibahagikan kepada empat kategori

iaitu kategori A untuk lepasan SPM tahun ini, kategori B untuk lepasan SPM

tahun lepas atau 2008, kategori C untuk lepasan SPM pada 2007 atau sijil

setaraf yang diiktiraf IPTA.


Kategori D pula untuk pemohon yang menggunakan keputusan SPM 2008

dengan sijil ulangan SPM tahun lepas atau SPM 2008 dengan sijil ulangan

SPM tahun ini atau SPM tahun lepas dengan sijil ulangan SPM tahun ini.


Memandangkan jumlah permohonan adalah tinggi daripada kalangan pelajar

lepasan SPM tahun ini, maka permohonan akan dilaksanakan secara dua fasa

di mana fasa pertama melibatkan pendaftaran permohonan yang dibuka

kepada pemohon melalui 1 November hingga 31 Disember ini manakala

fasa kedua ialah pengesahan permohonan yang akan dibuka mulai

10 Januari mulai 12 tengah hari dan ditutup pada 4 April tahun depan.


JPT berkata, sehingga 3 Disember lepas, sejumlah 46,127 permohonan telah

diterima bagi fasa 1, dan jabatan itu menyasarkan 70 peratus daripada

467,766 calon lepasan SPM tahun ini akan mengemukakan permohonan

sebelum tarikh tutup fasa 1 pada 31 Disember.


Manakala selebihnya adalah pemohon selepas keputusan rasmi SPM 2010

iaitu dalam fasa kedua yang akan berakhir pada 4 April 2011.


Orang ramai boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar,

Jabatan Pengajian Tinggi di talian 03-88835801 atau 03-88835802 atau e-mel

di upu@mohe.gov.my untuk sebarang pertanyaan




sapa2 yang nak sambung study....rajin2 le search lawan sesawang tu ek...

n0te : inf0 c0py kat wall FB Tawau.......

1 comment:

  1. slamt ke ipt.

    jom join contest::

    http://nukilangadiskampung.blogspot.com/2010/10/join-my-contest-be-my-followers.html#comment-form

    ReplyDelete