Pages

Thursday, June 16, 2011

Anuar Zain diiktiraf orang UK

Pada 6 Jun lalu, berlangsung sebuah majlis yang dihadiri oleh Anuar Zain. Berlangsung di The Oxford Centre, Oxford, United Kingdom, majlis itu menyaksikan Anuar menerima anugerah Professional of the Year, Oxford Centre for Excellence (Oxcell). Oleh Datuk Bandar Oxford, yang diwakili Timbalannya, Alan Armitage.

Anuar memulakan karier solo sejak 1998 itu menerima anugerah berkenaan atas atas kegigihan dan usaha yang tidak berbelah bahagi dirinya dalam memartabatkan industri muzik tanah air. Anuar yang mempunyai tiga album solo mencipta pelbagai kejayaan sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Turut memeriahkan suasana majlis ialah artis terkemuka Oxford, Georginia, yang menyampaikan sebuah lagu istimewa untuk Anuar, manakala persembahan video yang bertajuk Anuar Zain The Journey turut disediakan khas oleh Oxcell.

Penyampaian biografinya pula disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif, European Council for Business Education (ECBE), R. Bryan Holden. Majlis penganugerahan itu turut dijayakan Presiden Oxcell, Dr. Saiful Bahri, ahli korporat, serta golongan profesional daripada Oxford, London dan Malaysia. -Bharian

5 comments: