Pages

Wednesday, October 13, 2010

-hadith- berbuat baik & sentiasa bersabar

assalamualaikum....w.b.t.....

entry kali ni berkaitan dgn BERBUAT BAIK dan SENTIASA BERSABAR DI ATAS PERILAKU MANUSIA...............

masih ku ingat dan masih ku lakukan apa yg diterapkan dlm didikan 0leh my luvly m0mmy....jgn balas apa yg 0rg lain penah buat pd kita...specially...bila 0rg lain buat benda xbaik....cthnya....mengata kita...memburuk2 kan kita d mata 0rg lain...apa2 jak lha yg xbaik.....mak aku kata....jgn sekali2 kita membalas perbuatan jahat itu dgn perbuatan jahat.....just, berd0a lha kepada Yg Maha Esa....m0h0n pd-Nya...petunjuk yg benar & jln yg lurus.....m0h0n agar kita tidak membuat silap seperti yg penah 0rg lain buat.....kuatkan iman kita....m0h0n agar DIA meng-ampun-kan 0rg yg penah buat salah pd kita...& yg paling penting kita perlu memaafkan 0rg tersebut......dan kita juga perlu mem0h0n ampun pd-Nya....mgkn apa yg terjadi terdpt satu msg tersembunyi.....wallahualam....hanya DIA tahu apa yg terjadi dan bakal terjadi......

utk aku ttp meneruskan apa yg penah mak aku nasihatkan....aku hanya perlu bersabar....maka akan sentiasa berbuat baik pd siapa yg penah berbuat jahat pdku......insya-allah......



Berbuat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia

Hadith :

Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.
Riwayat Muslim


Huraian
1.Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah kerana ia merupakan pengukur darjat keimanan seseorang.
2.Islam mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan orang sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka mudah-mudahan dengan itu hati mereka menjadi lembut dan baik.
3.Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa sabar dan benar dalam bertindak.
4.Setiap umat Islam wajib menghubungkan silaturrahim dan haram memutuskannya.


n0te : always remember sapa kita......hanya manusia kerdil....

No comments:

Post a Comment