KUALA SELANGOR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor,
hari ini mengumumkan pengundurannya sebagai Canselor Universiti
Industri Selangor (UNISEL) bagi memberi tumpuan kepada pendidikan
awal kanak-kanak melalui program PERMATA.
Rosmah berkata, permohonannya untuk mengundur diri sudah pun
mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"Permohonan saya untuk berundur diri sebagai Canselor sehingga
tamat tempoh lantikan telah mendapat perkenan Duli Yang Maha
Mulia Tuanku Sultan Selangor," katanya ketika berucap pada Majlis
Perasmian Istiadat Konvokesyen UNISEL Kelima di Kampus Bestari
Jaya di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Rosmah yang dilantik sebagai Canselor Unisel pada Februari 2006
akan tamat kontrak perkhidmatan Februari depan. - BERNAMA
:::kredit to BH :::
No comments:
Post a Comment