Pages

Wednesday, December 29, 2010

300 penyokong ke Jakarta

BEKALAN tiga gol dibawa pasukan negara ke Stadium Gelora

Bung Karno boleh dianggap selesa andai pemain negara mampu

menyerap tekanan beraksi di depan puluhan ribu penyokong

fanatik pasukan tuan rumah hari ini.


Namun mereka tidak bersendirian berjuang kerana sekumpulan

300 penyokong pasukan kebangsaan memperjudikan keselamatan

yang menjadi faktor tidak diberi jaminan.


Peminat dari Selangor, Kelantan dan Johor yang dikumpulkan

Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC) dan Gerbang Tempur

Penyokong Bola Sepak Malaysia (Ultras Malaya) berlepas ke Jakarta,

semalam.


Presiden SSFC, Mohd Nasir Mohd Yunus berkata kehadiran

penyokong Negara di sana itu sudah dimaklumkan kepada

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai jaminan keselamatan.


“Penyokong Malaysia tidak perlu takut kerana kekalutan mungkin

hanya berlaku ketika perlawanan saja dan tidak akan merebak di

luar stadium namun saya ingatkan penyokong agar sentiasa

berwaspada,” katanya.


Semalam beberapa akhbar Indonesia melaporkan bahawa penyokong

Malaysia tidak berani hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan

Harimau Malaya kerana bimbang dengan keselamatan mereka.


Sehingga kini belum diketahui jumlah penyokong Malaysia yang

akan bertandang ke stadium tersebut walaupun dilaporkan sejumlah

5,000 tiket telah diperuntukkan untuk mereka.


Mohd Nasir berkata beliau dan penyokong lain berharap dapat

mengiringi kepulangan skuad kebangsaan bimbingan jurulatih

K Rajagopal itu bersama Piala AFF Suzuki.


SSFC membawa penyokong negara dengan pakej yang merangkumi

tiket penerbangan, hotel, tiket perlawanan serta kos pengangkutan

dari lapangan terbang ke hotel dan stadium.


:::kredit to METRO:::

No comments:

Post a Comment