Pages

Wednesday, December 29, 2010

Rajagobal kena hina

SKUAD kebangsaan terus tidak tenang apabila diganggu

penyokong fanatik Indonesia ketika sesi latihan terakhir

berhampiran hotel penginapan, semalam.

Kira-kira 20 penyokong Indonesia dilihat menjerit ke arah

pemain kebangsaan yang menjalani latihan ringan selama

satu jam.


Malah mereka membentangkan kain rentang seperti

'Laser No...Football Yes' (Laser Tidak...Bola Sepak Ya) dan

'Raja Gombal pasti hancur'. Gombal membawa maksud kain

yang digunakan untuk mengelap kekotoran.

Gangguan itu menyebabkan Rajagobal tidak dapat mencuba

keupayaan pemain dan membuat latihan taktikal bagi berdepan

Indonesia, malam ini.


Terdahulu skuad kebangsaan terpaksa mengubah lokasi latihan

yang disediakan pihak penganjur iaitu padang ABC Senayan

yang berhampiran dengan stadium kerana bimbang terhadap

keselamatan pemain berikutan kehadiran kira-kira 40,000

penyokong Indonesia yang sedang berasak-asak mendapatkan

tiket asli sejak awal pagi.


Mereka kemudiannya dicadangkan untuk menjalani latihan

di Stadium Lebak Bulus yang terletak di Jakarta Selatan dan

mengambil masa kira-kira dua jam perjalanan kerana

kesesakan lalu lintas walaupun hanya terletak kira-kira

15 kilometer dari hotel penginapan pasukan.


Namun usaha itu juga gagal apabila skuad kebangsaan

tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, sekali gus memaksa

Rajagobal mengatur latihan ringan berhampiran hotel

penginapan yang turut dikawal tiga pengawal keselamatan.


Latihan rasmi kedua-dua pasukan itu tidak dapat dilakukan

di c kerana stadium itu masih dalam proses

membaik pulih padang.


n0te : pasukan indonesia kalah....Rajagobal plak yang di hina....pelik tul.....


kredit to METRO lagi...



4 comments:

  1. entahlah dorang ni.. extreme tidak berilmu. sikit2 demo.. masa aku di sana dulu prnah juak tgk sekali. habis tu komputer2 dgn satu opis dibakar. gara2 student Xpuas ati ngan dosen (pensyarah). itu yg blajar sampai universiti. kalo yg xda pelajaran adoii na matai...

    ReplyDelete
  2. NN : bkn KOT da...mmg xbleh nak terima kekalahan lha tu...salah satu tandanya ..... d0rang yg LOSER tp kata M'sia LOSER.....hahaha...kelakar kan,,,,

    ReplyDelete
  3. diorang ni merepek jek.. naik bosan dengan perangai orang indon nie lah... :((

    ReplyDelete