Pages

Thursday, December 30, 2010

Rio Ferdinand puji Malaysia

KUALA LUMPUR - Kehebatan pasukan Harimau Malaya bukan sahaja

mendapat pujian daripada pemimpin dan rakyat tempatan, malah ia

turut medapat perhatian bintang Manchester United, Rio Ferdinand.


Dalam akaun laman Twitter milik pemain pertahanan kelab Red Devils

itu, Ferdinand memuji permainan anak buah K. Rajagobal selain turut

mengucapkan tahniah di atas kejayaan mereka bergelar juara

Piala Suzuki AFF.


"Tahniah kepada pasukan Malaysia yang baru sahaja menumpaskan

Indonesia pada perlawanan akhir Piala Suzuki AFF.


"Saya pernah bertemu dengan pasukan bawah 23 tahun Malaysia,

18 bulan lalu dan mereka terbukti merupakan sebuah pasukan yang

mempunyai masa depan cerah," katanya dalam Twitter miliknya, semalam.


Ferdinand merupakan kapten pasukan Manchester United ketika pasukan

itu mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Harimau Muda,

dua tahun lalu.


p/s : RIO tu puji skuad HARIMAU MALAYA......caya la.......

n0te : kredit to UTUSAN


No comments:

Post a Comment