Pages

Wednesday, December 29, 2010

Tembelang terbongkar

BUKTI...penjaga gol Malaysia Mohd Sharbinee Allawee Ramli terkena sinaran laser hijau (bulatan) semasa perlawanan peringkat kumpulan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta, 1 Disember lalu.
BUKTI...penjaga gol Malaysia Mohd Sharbinee Allawee Ramli terkena sinaran laser hijau (bulatan) semasa perlawanan peringkat kumpulan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta, 1 Disember lalu.

ANDAI penyokong skuad kebangsaan Indonesia pantas menuding

jari ke arah peminat Malaysia sebagai punca kekalahan mereka

akibat penggunaan cahaya laser pada final pertama Piala

Suzuki AFF, skuad kendalian Alfred Riedl itu sepatutnya memikirkan

semula siapa sebenarnya yang mencetuskan fenomena penggunaan alat itu.

Benar, mungkin ada segelintir penyokong tuan rumah melakukan

kesalahan itu ketika menumbangkan skuad Garuda 3-0 di Stadium

Nasional Bukit Jalil kelmarin, tetapi sebenarnya tindakan itu awal-

awal lagi sudah dilakukan penyokong Indonesia pada pertemuan pertama

kedua-dua pasukan dalam saingan Kumpulan A di Stadium Gelora Bung

Karno, 1 Disember lalu.


Salah satu insiden paling jelas ketika itu ialah apabila aksi penjaga gol

negara, Mohd Sharbinee Allawee Ramli yang terganggu dengan

penggunaan pancaran laser penyokong Indonesia sehingga membolehkan

pemain penyerang, Irfan Haarys Bachdim meledakkan gol kelima

pada masa kecederaan.

Bukan setakat itu saja, malah sepanjang babak pertama dan kedua

sewaktu skuad kendalian K Rajagobal diratah 5-1 oleh Indonesia, ada

saja kelihatan pancaran laser ditujukan kepada barisan pemain negara.


Lalu timbul persoalan, wajarkah hanya penyokong Malaysia dilabel

sebagai pencetus kepada penggunaan laser sedangkan awal-awal

lagi penyokong Indonesia sudah ‘mengajar’ bagaimana untuk

menyalahgunakan alat berkenaan.


Walaupun skuad kendalian Alfred Riedl terutama penjaga gol

mereka, Markus Harison Rihihina berkali-kali menuduh

penyokong Malaysia sebagai punca kekalahan mereka, namun

ramai juga penyokong setia skuad Garuda muak dengan alasan berkenaan.

Laman web Kompas.com umpamanya dihujani dengan komen-komen

peminat Indonesia yang menyatakan mereka mengakui terlebih

dulu melakukan penggunaan laser selain tidak menganggap isu

berkenaan sebagai punca utama kekalahan skuad kesayangan mereka.


“Positif thinking saja... kalo mahu jujur, saat Indonesia bertemu

Malaysia di Senayan, ketika gol kelima dilakar oleh Irfan Bachdim,

terlihat jelas di wajah penjaga gol Malaysia ada sinar laser hijau...

coba lihat,” demikian komen seorang penyokong Indonesia yang

menggunakan nama PekanBaru Tki dalam entri terbaru laman web

Kompas.com.

Selain itu antara petikan komen lain ialah: “Ha ha... laser jadi kambing

hitam, nanti kalau di Senayan kalah lagi kambing hitamnya ada

nggak ya?.” Jelas sesetengah pihak di Indonesia hanya menggunakan

isu laser itu untuk mencari jalan keluar daripada kekalahan yang mereka

terima. Malah, sepanjang masa 15 minit ketika Malaysia menjaringkan

ketiga-tiga gol itu, ketika tiada sebarang pancaran laser dipancarkan

kepada pemain Indonesia.


Dengan pelbagai komen yang seolah-olah tidak memihak kepada sesiapa

itu, jelas sekali menunjukkan skuad Indonesia serta penyokong setia

mereka tidak perlulah lagi menuding jari lagi ke arah penyokong

Malaysia kerana sudah jelas, mereka yang memulakan dulu insiden

penggunaan cahaya laser.



kredit to METRO

1 comment: