Pages

Tuesday, May 10, 2011

Pemuda Maut Ditikam di Majlis Perkahwinan

Tawau : Seorang pemuda yang menceroboh satu majlis perkahwinan maut selepas ditikam dengan senjata tajam dalam kejadian di Tanjung Batu, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP, Ibrahim Chin, berkata lelaki berusia 27 tahun itu datang ke majlis tersebut tanpa diundang dan bertindak menendang kerusi serta meja dalam kejadian 12.15 tengah malam itu.

"Lelaki itu datang ketika orang masih berkaraoke dan tiba-tiba menendang meja dan kerusi. Dalam keadaan kucar-kacir itu seorang lain yang menjadi tetamu di situ bertindak menikam belakang lelaki berkenaan dengan benda tajam," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Akibat tikaman itu, lelaki yang identitinya belum didedahkan maut di tempat kejadian.

Ibrahim juga meluahkan rasa kesal kerana pihaknya gagal mendapat kerjasama sewajarnya bagi mengesan penyerang terbabit untuk membantu siasatan.

Beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya menghubungi polis. - BERNAMA




p/s : apa m0tif pemuda tu, da la masuk kenduri org...mengamuk plak tu...PINANGAN DI TOLAK ka???...huhuhuhu....

4 comments:

  1. mungkin sebab dendam kot..xpuas hati ke an

    ReplyDelete
  2. yg pelik nye tu kan....identiti mangsa xdpt dkenal pasti....apa kes...ceciter..ceciter.....:)

    ReplyDelete
  3. Musykilnya..

    Dan kenapa terus di tikam?

    At least paling teruk bergaduh dulu ker...

    :)

    ReplyDelete
  4. ni mesti ex gilprend dia yang kawen kot huahuahua..

    ReplyDelete