Pages

Monday, June 6, 2011

Saat Bahagia Salih Yaacob bersama2 4 isterinya dgn 11 anak2nya


SALIH (tengah) bersama empat isterinya dari kiri, Samihah,
Norlizah, Norraha dan Norfara Wahida, menunjukkan pasport
diKLIA, semalam.


SEPANG: Pengacara dan pelawak, Salih Yaacob, 48, yang
berkahwin kali keempat minggu lalu, berlepas ke Beijing,
China, semalam, bersama semuai sterinya untuk bercuti.

“Alhamdulillah, ini adalah rezeki kami sekeluarga lebih-lebih
lagi selepas bernikah kali keempat. Ia juga peluang kepada
kami bercuti danberkumpul beramai-ramai dalam satu keluarga
besar,” katanya ketikaditemui pemberita di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)di sini, semalam.

Salih berkata, percutian enam hari itu peluang dinantinya
kerana jarang dapat berkumpul bersama berikutan beliau
sekeluarga mempunyaimasa lapang terhad.

“Sukar untuk merancang percutian beramai-ramai dengan
semua isteri saya kerana ada yang sibuk bekerja dan belajar
serta tidak dapatmemohon cuti bersama,” katanya.

Percutian bersama keluarga itu turut disertai empat isterinya
iaitu, Norlizah Mamat, 46,Norraha Hamat, 42, Norfara Wahida
Sulaiman,32, dan isteri keempat yang baru dinikahi, Samihah
Sheikh Ali, 25.Hanya tujuh daripada 11 anaknya menyertai
percutian berkenaanberikutan urusan kerja dan belajar.

1 comment:

  1. As Salam,

    huhu~keluarga bahagia la hendaknya selamanya :)

    ReplyDelete