Pages

Monday, October 17, 2011

Monday Fever - :(


salam isnin all.....
ari ni tak berapa sihat da....tp keja jgk...
sbb daddy tak galakkan amik cuti...selagi masih mampu bertahan katanya...terus kan...
itu yg daddy selalu ajar kat kit0rang adik-beradik..dr zaman sk0lah lg...

citer2 ngan 0pis-mate...ada yg kata aku kena tonsil...
sbb bnyk tanda2 ke arah itu.....
actually...frankly speaking aku xberapa paham apa itu TONSIL.....
s0, aku g0dek2 kat g00gle......aku jumpa kat satu laman ni....


s0unds bad....huhuhuhuh....k0rang baca la dulu ek....


---------------------------------------------------------------------------

Tonsilitis

Apa itu tonsil ?
Tonsil adalah kelenjar yang berkerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh, Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak.


Apa itu radangan tonsil ?
Infeksi pada kelenjar tonsil pada kebiasaan disebabkan dari kuman viral dan hanya 15% di sebabkan oleh bakteria.


Bagaimana seseorang di diagnosakan mendapat radangan tonsil ?
Kanak kanak yang mengalami radang tonsil selalunya tidak sihat
Dia akan mengalami :-

  • Demam
  • Susah untuk menelan kerana sakit tekak
  • Nafas berbau busuk.
  • Bunyi suara yang ganjil
  • Kebengkakan pada kelenjar tekak

Kelenjar tekak akan kelihatan

  • Besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok - tompok putih di atasnya.

Jangkitan lebih kepada sebab virus kalau kanak kanak itu mendapat batuk dan selsema


Acute tonsillitis

Bagaimana rawatan radang tonsil ?
Perawatan yang dapat membantu adalah

  • Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
  • Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk
  • Banyakkan minum
  • Elakkan makanan yang keras,rangup,berempah dan panas
  • Rehat
  • Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria


Bila kelenjar tonsil patut dibuang ?
Pembuangan kelanjar tonsil (tonsillectomy):

  • Apabila jangkitan berulang - ulang.
  • Kelanjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda.

Doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang di ambil.


Bolehkah jangkitan pada kelenjar tonsil dielakkan?

  • Radang tonsil yang disebabkan sakit kerongkong (diphtheria) boleh dielakkan dengan pengambilan immunisasi.
  • Kalau tidak dibuang pencegahan tidak dapat dilakukan.
  • Pemberian immunisasi dapat mencegah radang tonsil yang disebabkan diphtheria, namun begitu ianya sukar dicegah. Elakkan daripada bergaul dengan kanak kanak yang ada selsema dan batuk.


Bolehkah radang tonsil mengakibatkan gejala yang teruk selain dari sakit tekak ?
Komplikasi yang teruk telah di kenal pasti. Ini termasuk:
Termasuk :

  • Deman rheumatik (jangkitan diselaput jantung) disebabkan bakteria sreptokokus dan tidak mengambil antibiotik dengan secukupnya.
  • Radang buah pinggang (acute glomerulonephritis) juga kerana jangkitan streptococcus.
  • Pangkal kelenjar tonsil yang bernanah perlu rawatan kecemasan.
  • Radang tonsil yang berulang boleh menjelaskan kesihatan kanak-kanak dan kualiti hidupnya.



2 comments:

  1. semoga cepat sembuh
    tp kalau tak larat terpaksa jugak mc kan?

    ReplyDelete
  2. terima kasih....tu la, kal0 da xlarat mmg kena amik MC jgk la...huhuhu,,,

    ReplyDelete