Pages

Wednesday, December 29, 2010

FPI kecam hasrat Jupe bercoli laser....


JUPE
JUPE

JAKARTA: Front Pembela Islam (FPI) mengambil keputusan tidak

akan menyokong pasukan bola sepak Indonesia jika Julia Perez

memakai coli laser di Stadium Gelora Bung Karno pada perlawanan

akhir Piala Suzuki AFF menentang Malaysia hari ini.

“Tidak boleh. Itu membabitkan Undang-Undang Pornografi. Kalau

dia terus dengan hasratnya untuk memakai coli laser, kami tidak

akan menyokong pasukan Indonesia,” kata Ketua FPI Jakarta,

Habib Salim Alatas.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rancangan Julia Perez

atau Jupe, penyanyi dangdut dan juga pelakon filem seram Indonesia

untuk memakai coli laser bagi ‘membutakan mata pemain Malaysia.’

FPI menganggap Jupe sebagai pelaku maksiat kerana mahu memakai

coli laser.


“Tujuannya tidak baik. Sedangkan kita berdoa untuk kemenangan Indonesia,

dia pula mahu lakukan maksiat,” kata Habib. - Agensi



n0te ; apadaaaaaaaaaaaaa......xla lawa pun.....hahahaha....

2 comments:

  1. Tujuannya hanya satu untuk propa diri sendiri...dia ini bukankah minah gedik yang perasan cantik. Dia cakap begitu dengan harapan nanti biarlah orang tengok gunung dia tu...dia ingat besar itu seksi...lepas tu dia fikir mesti media akan hala lensa ke arah buah dada dia...dapatlah dia merit keluar muka depan esoknya!...minah cengkih...minah cengkih!

    ReplyDelete