w00t-w00tttttttt.....

kamu lebih dari f0ll0wers - kamu adalah SAHABATKU-

Showing posts with label Piala AFF. Show all posts
Showing posts with label Piala AFF. Show all posts

Wednesday, December 29, 2010

200 penyokong Malaysia menonton dalam protes dari kedutaan



JAKARTA:--– Kecewa dengan lokasi tempat duduk dalam Stadium Gelora Bung Karno serta
faktor risiko keselamatan, antara 150 hingga 200 penyokong Malaysia malam ini menonton
dalam protes perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2010 Malaysia-Indonesia di layar
besar di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di sini malam ini.

Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor, Mohd Nasir Yunus, 55, yang mengetuai
rombongan penyokong pasukan bola sepak Malaysia, berkata, kumpulan penyokong Malaysia
yang tidak ramai jumlahnya telah menempah tiket di tempat duduk VIP, tetapi mereka
diberikan tempat duduk di belakang gawang gol di pintu dua.

Mereka juga diletakkan di tengah-tengah para penyokong Indonesia dan berasa tidak
selamat untuk berada dalam stadium untuk menonton perlawanan bagi menyokong
pasukan Malaysia.

"Kami amat kesal sekali. Kami berasa kami telah dianaktirikan, kami disisihkan dan tidak
diberikan keadilan sewajarnya.

"Setelah mengambil kira faktor keselamatan dan perbincangan dengan pihak Kedutaan Besar
Malaysia serta persetujuan para anggota rombongan, kita telah mengambil keputusan untuk
menonton perlawanan ini dalam protes di Kedutaan Besar Malaysia di sini,” katanya ketika
ditemui di Dewan Serba Guna Kedutaan Besar Malaysia di sini. – Bernama


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


TAPI INI LAH HASIL NYA.....KALAU DAH REZEKI..TAK KEMANA.....


Piala AFF Suzuki Akhirnya MILIK KAMI...>>>MALAYSIA
Anugerah Penjaring Terbanyak - Safee Sali
US$ 100,000.000


kekecewaan yg jelas terpancar...

relax ya pak...


n0te 1 : ihsan berita dr BERNAMA......

n0te 2 : f0t02 ini kredit t0.. >..SINI..<

Rajagobal kena hina

SKUAD kebangsaan terus tidak tenang apabila diganggu

penyokong fanatik Indonesia ketika sesi latihan terakhir

berhampiran hotel penginapan, semalam.

Kira-kira 20 penyokong Indonesia dilihat menjerit ke arah

pemain kebangsaan yang menjalani latihan ringan selama

satu jam.


Malah mereka membentangkan kain rentang seperti

'Laser No...Football Yes' (Laser Tidak...Bola Sepak Ya) dan

'Raja Gombal pasti hancur'. Gombal membawa maksud kain

yang digunakan untuk mengelap kekotoran.

Gangguan itu menyebabkan Rajagobal tidak dapat mencuba

keupayaan pemain dan membuat latihan taktikal bagi berdepan

Indonesia, malam ini.


Terdahulu skuad kebangsaan terpaksa mengubah lokasi latihan

yang disediakan pihak penganjur iaitu padang ABC Senayan

yang berhampiran dengan stadium kerana bimbang terhadap

keselamatan pemain berikutan kehadiran kira-kira 40,000

penyokong Indonesia yang sedang berasak-asak mendapatkan

tiket asli sejak awal pagi.


Mereka kemudiannya dicadangkan untuk menjalani latihan

di Stadium Lebak Bulus yang terletak di Jakarta Selatan dan

mengambil masa kira-kira dua jam perjalanan kerana

kesesakan lalu lintas walaupun hanya terletak kira-kira

15 kilometer dari hotel penginapan pasukan.


Namun usaha itu juga gagal apabila skuad kebangsaan

tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, sekali gus memaksa

Rajagobal mengatur latihan ringan berhampiran hotel

penginapan yang turut dikawal tiga pengawal keselamatan.


Latihan rasmi kedua-dua pasukan itu tidak dapat dilakukan

di c kerana stadium itu masih dalam proses

membaik pulih padang.


n0te : pasukan indonesia kalah....Rajagobal plak yang di hina....pelik tul.....


kredit to METRO lagi...



300 penyokong ke Jakarta

BEKALAN tiga gol dibawa pasukan negara ke Stadium Gelora

Bung Karno boleh dianggap selesa andai pemain negara mampu

menyerap tekanan beraksi di depan puluhan ribu penyokong

fanatik pasukan tuan rumah hari ini.


Namun mereka tidak bersendirian berjuang kerana sekumpulan

300 penyokong pasukan kebangsaan memperjudikan keselamatan

yang menjadi faktor tidak diberi jaminan.


Peminat dari Selangor, Kelantan dan Johor yang dikumpulkan

Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC) dan Gerbang Tempur

Penyokong Bola Sepak Malaysia (Ultras Malaya) berlepas ke Jakarta,

semalam.


Presiden SSFC, Mohd Nasir Mohd Yunus berkata kehadiran

penyokong Negara di sana itu sudah dimaklumkan kepada

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai jaminan keselamatan.


“Penyokong Malaysia tidak perlu takut kerana kekalutan mungkin

hanya berlaku ketika perlawanan saja dan tidak akan merebak di

luar stadium namun saya ingatkan penyokong agar sentiasa

berwaspada,” katanya.


Semalam beberapa akhbar Indonesia melaporkan bahawa penyokong

Malaysia tidak berani hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan

Harimau Malaya kerana bimbang dengan keselamatan mereka.


Sehingga kini belum diketahui jumlah penyokong Malaysia yang

akan bertandang ke stadium tersebut walaupun dilaporkan sejumlah

5,000 tiket telah diperuntukkan untuk mereka.


Mohd Nasir berkata beliau dan penyokong lain berharap dapat

mengiringi kepulangan skuad kebangsaan bimbingan jurulatih

K Rajagopal itu bersama Piala AFF Suzuki.


SSFC membawa penyokong negara dengan pakej yang merangkumi

tiket penerbangan, hotel, tiket perlawanan serta kos pengangkutan

dari lapangan terbang ke hotel dan stadium.


:::kredit to METRO:::

FPI kecam hasrat Jupe bercoli laser....


JUPE
JUPE

JAKARTA: Front Pembela Islam (FPI) mengambil keputusan tidak

akan menyokong pasukan bola sepak Indonesia jika Julia Perez

memakai coli laser di Stadium Gelora Bung Karno pada perlawanan

akhir Piala Suzuki AFF menentang Malaysia hari ini.

“Tidak boleh. Itu membabitkan Undang-Undang Pornografi. Kalau

dia terus dengan hasratnya untuk memakai coli laser, kami tidak

akan menyokong pasukan Indonesia,” kata Ketua FPI Jakarta,

Habib Salim Alatas.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rancangan Julia Perez

atau Jupe, penyanyi dangdut dan juga pelakon filem seram Indonesia

untuk memakai coli laser bagi ‘membutakan mata pemain Malaysia.’

FPI menganggap Jupe sebagai pelaku maksiat kerana mahu memakai

coli laser.


“Tujuannya tidak baik. Sedangkan kita berdoa untuk kemenangan Indonesia,

dia pula mahu lakukan maksiat,” kata Habib. - Agensi



n0te ; apadaaaaaaaaaaaaa......xla lawa pun.....hahahaha....

nak view apa ek??...just click je..:)

Piala AFF (4) jodoh (4) Harimau Malaya (3) 2013 (2) BENASHAARI.COM (2) MAKDARA (2) Najwa Latif (2) REMAJA (2) Rajagobal (2) doa (2) info kesihatan (2) kahwin (2) lelaki (2) mercun (2) perempuan (2) rusuk (2) #doautkMH370 (1) #prayforMH370 (1) 1Malaysia (1) 2012 (1) A Thousand Years (1) AFF SUZUKI (1) ASK (1) AirAsia (1) Al-Fatihah (1) Alfred Riedl (1) Apollo Medical Team (1) BADMINTON (1) BEN ASHAARI (1) BERAS (1) BLACK ft. MALIQUE (1) BURAS (1) Bambang Pamungkas (1) Bernama (1) Borobudur (1) Boyfriend (1) Brain (1) Bruno Mars (1) Bugis (1) CUEPACS (1) Celcom (1) DIET (1) Datuk Hj Juhar Hj Mahiruddin (1) Datuk Seri Dr. Rais Yatim (1) Dejavu (1) Digi (1) FKAT (1) FPI (1) Fakta (1) Firman Utima (1) GAMBIT SAIFULLAH (1) Garuda (1) Haid (1) Happy Fathers Day (1) Happy New Year (1) Homisid (1) ILKA (1) IPTA (1) JUPE (1) Jakarta (1) Jawa Tengah (1) Justin Bieber (1) KARANGKRAF (1) Kinabalu (1) Kristen Stewart (1) Lanun (1) Lulu-Pages (1) MAN KIDAL (1) MARAH (1) MM RAZIF (1) MOJO (1) Maal Hijrah (1) Mackenzie Foy (1) Marion Counter (1) Maxis (1) Microsoft (1) Moshe Dayan (1) NAZA (1) NSAID (1) Nazim Othman (1) Nikah (1) Osman Kering (1) PhD (1) Platonic Love (1) RAYA (1) REMEMBER YOU (1) Robert Pattinson (1) SEAN KINGSTON (1) SHERVINTON EXECUTIE BOUTIQUE HOTEL (1) SITI NURHALIZA (1) SM Nasarudin (1) SSFC (1) Safee Sali (1) Sailendra (1) Sinar Harian (1) Sleeq (1) Surface (1) T-Shirt KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (1) TEVT (1) TV3 (1) Tabung Ahmad Sufi (1) Tawau (1) Teman Pengganti (1) Ultra Malaya (1) VOTE (1) adele (1) aepul drama (1) aidil zafuan (1) alviss kong (1) ariel sharon (1) awek (1) azam (1) baidu.com (1) bank darah (1) berat (1) berkat (1) bogel (1) bulan rejab (1) bunuh diri (1) cerita dia (1) christina perri (1) cikshida (1) dark circle (1) derma darah (1) doa iftitah (1) doodle (1) drama band (1) erti (1) erti keberkatan hidup (1) eye roll-on (1) eyebag (1) farizal (1) fizgraphic (1) fonofobia (1) fotofobia (1) gaji (1) garnier (1) google.com (1) header (1) hidup (1) hospital tawau (1) idea (1) imsak (1) instinct (1) integriti (1) j0d0h.... (1) jamal abdillah (1) kanser rahim (1) kawen (1) kecewa (1) kereta (1) khalifah dunia (1) lirik (1) majalah (1) malique (1) mati (1) mcDonald (1) migrain (1) mimpi (1) mohd fahdli (1) niat puasa (1) nik aziz (1) paracetamol (1) pasrah (1) penpatah (1) percaya padaku (1) pesona (1) reward (1) rindu (1) sabah (1) sahur (1) sedih (1) someone like you (1) sony ericcson xperia x10 mini (1) stay (1) stayreward (1) syeera sanders (1) takut (1) terbang (1) tip (1) tip membina pesona diri (1) tulang (1) ungu (1) wan zack (1) wanita (1) warden (1) zzati (1)