w00t-w00tttttttt.....

kamu lebih dari f0ll0wers - kamu adalah SAHABATKU-

Monday, December 31, 2012

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2013..

Assalamualaikum w.b.t....

eh!..tgh kira detik ambang tahun baru ke...apa pun SELAMAT TAHUN BAHARU 2013 kepada semua blogger...kat sini saya nak share Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2013...sesuatu yang penting bagi kakitangan kerajaan khususnya,kan...kan...penting untuk semua jgk rasanya....hehehehe....

jadikan panduan untuk merancang perbelanjaan..agar dpt mengelakkan sebarang pembaziran, jadilah pengguna bijak...

jom usha jadual pembayaran gaji tu yeee..>!!!!!...

--------

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2013
( Satu Tarikh Gaji untuk Semua Negeri )
BulanTarikhHariCatatan
Januari23.01.2013Rabu-
Februari25.02.2013IsninTahun Baru Cina 10 & 11.02.2013
Mac25.03.2013Isnin-
April25.04.2013Khamis-
Mei23.05.2013KhamisPesta Menuai 30 & 31.05.2013
Jun25.06.2013SelasaHari Gawai 1 & 2.06.2013
Julai25.07.2013Khamis-
Ogos22.08.2013KhamisHari Raya Aidilfitri 08 &09.08.2013
September25.09.2013Rabu-
Oktober10.10.2013KhamisHari Raya Haji 15.10.2013
November25.11.2013IsninDeepavali 02.11.2013
Disember19.12.2013KhamisHari Krismas 25.12.2013


Sunday, December 30, 2012

xtvt dihujung minggu yg mengimbau zaman dolu2...

assalamualaikum w.b.t...

xtvt hujung minggu dilakukan mcm biasa, bangun-kemas bilik-siapkan kerja2 di rumah-masak utk makan tgh hari.....rutin biasa ketika bercuti dihujung minggu...tapi kali ini ditambahkan plak dgn xtvt berjalan2 dengan kawan satu sekolah dulu2...dr tadika, rendah & seterusnya sekolah menengah...still keep in touch..like it..

jarang2 jgk la kitorang lepak dihujung minggu ni, ye lah kan memandangkan sorang member tu adalah cikgu sekolah, mcm yang korang semua tahu..cikgu la yg paling bz & kerja paling murni sbb mendidik anak2 bangsa kita. dipendekkan cerita, kitorang atur masa nak jumpa...actually xde xtvt sangat sbb kitorang takde idea nak pegi mana, xtvt biasa kalo jumpa pun kitorang pigi makan, lepas makan cari idea lg nak pigi mana...tak ke huru-hara nak pikir..hahaha...sabar je la...

topik yang dibincangkan sepanjang jalan tu pun xde yg spesifik....more to random topik..ada idea nak ckp apa..kitorang olah le topik tu, hahahaha...ada jgk terserempak dengan member2 lama yg lain..tu yg syiokkk..soalan yg pasti terpacul dr member2 yg da berkahwin ni...mcm biasa, kitorang punya turn bila plak da..hahaha....gulllpppp...senyum smpi telinga le jawapnye hah!..

walopun takde xtvt yg spesifik sepanjang kitorang hang-out...yg penting nya still mengeratkan lagi hubungan sahabat dr dulu sehingga kini waima smpi bila2...aminnnn.....sahabat2 aku pelbagai latar belakang...tp aku tak kisah, yg penting ikatan persahabatan itu ikhlas. 

bila lepak ngan member lama...mcm tak percaya je, da 11 tahun aku tinggalkan zaman sekolah..zaman tadika, zaman sekolah rendah, zaman sekolah menengah....kenangan yang tak mungkin dilupakan smpi bila2...walopun ada jgk la kwn yg aku ndak tak ingat...hahaha.....

sungguh cepat masa berlalu, usia semakin bertambah (cuma sekadar angka...penyedap rasa)...hehe..tanggungjawap mcm biasa la, juga semakin bertambah (bujang tetap ada tanggungjawap dlm keluarga hokey...!!!)..apa pun kena teruskan hidup...:)

-----------------

count-down 2013 da dekat.....

opsssss, sebelum nak tutup la kan entry 4 diz tyme, nak bgtau kat korang...
aku sentap & terharu sbb EN. ABIL FIKRI AHMAD...
beliau singgah & komen entry aku...terharu sgt2....
aku respect kat abg ni tau...kalo korang nak tau pasal apa...apa kata korang singgah kat blog abg ni...


------------------

---(Bersangka Baik Pada-Nya)-(Janji Allah s.w.t Itu Pasti)---

I Just Haven't Met You Yet By Michael Bublé..



2 Hari menjelang 2013..cerita pasal mimpi...

Assalamualaikum w.b.t....

2 hari menjelang 2013, sgt tak terasa masa menginjak terlalu jauh. da bnyk pertanyaan ttg azam baru 2013, tak jgk hebat nya soalan azam 2012 yg sdh @ belum tercapai...OMG, sgt bnyk azam yg belum tercapai sejak aku menanam azam dr tahunnnnnnnnn bila ntah....hahahahaha...

so, td aku ada BW kat blog yg pernah menerpa/singgah d blog aku ni....entry blog yg sgt2 menarik minat aku nak baca adalah kat blog #NajwaSamlan ..terbaca ttg kisah dia kena risik, and then kahwin..bleh plak dia kata mcm kenal mamat tu....hahaha....rupanyer MIMPI daaaaaaa..

teringat pula dengan mimpi aku pada tahun 2000, haaaaa, 12 tahun yg lalu...ko ada...!!!

di pendekkan cerita, dalam mimpi aku tu adalah sorang mamat ni dtg nak menyunting bunga d taman la konon nye kan...(means aku la tu...) dengan segak nye si mamat ni dtg kat umah (dlm mimpi tu mamat ni puliss..) bawa sebentuk cincin di dalam bekas yang berbalut kain baldu biru...perghhh...hahahah...mamat tu kata nak risik aku la gamak nye...aku suruh dia g jumpa my dad..my dad senyum je tanda setuju, & belek2 cincin yg mamat tu bagi...tinggggggg....hah, abis mcm tu je mimpi aku...mimpi tu aku alami 3mlm jumaat berturut2....

mamat yg dalam mimpi aku tu serius LOL aku kenal giler weiii, tp yg pelik nya kat alam nyata kitorang mmg kenal & kawan rapat. tak pernah pula mamat tu usha aku kata suka aku...hahaha...apa pun itu cuma mimpi...tiada siapa tahu kesahihan mimpi tersebut melainkan Allah s.w.t.....

da 12 tahun lalu kot...pelik bin ajaib..aku masih ingat lagi mimpi tu....

anyway...sebgi wanita mmg mengharapkan kehadiran seseorang di sisi ...betul tak...aku hanya mengharapkan yang terbaek utk diri aku....

---(Bersangka Baik Pada-Nya)-(Janji Allah s.w.t Itu Pasti)---

Friday, December 28, 2012

#Bisul....Oh.Tidak.

Assalamualaikum w.b.t....

arghhh...BISUL timbul di celah ketiak tetiba je, sakit ya amat...pelik jgk ye, aku ada masalah apa ek smpi mcm tu skali. sakit tak terhingga di kedua2 belah celah ketiak. 2thn lepas kena bisul kat kaki, sakit kat kaki pun da tahan ni kan plak kat celah ketiak...

nak kata tak jaga kebersihan mana...jaga juga...ada masalah darah ke???..ada sapa2 tahu tau??? da tak larat nak buat keja skng ni, nak angkat tangan tinggi lagi, lebih2 tyme nak tukar baju...hadoyaiiiiii

info kat bawah ni aku da baca, cara2 nak kurangkan sakit bisul serta cara2 merawat pun dah baca...apa kata korang plak yang baca, hehehe...sharing is caring...:)

--------------------------------------------------------------------------------------------


* bisul boleh tumbuh di mana-mana bahagian tubuh tetapi kerap muncul di bahagian muka, leher, KETIAK, punggung atau peha = kawasan tubuh yang menpunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel. Bisul boleh tumbuh dalam kelompok yang dikenali sbg KARBUNKET.

Apa itu KARBUNKET???
- satu kelompok bisul yang berlaku di bahagian belakang leher, bahu atau paha lebih lagi di kalangan lelaki dewasa.
- menyebabkan jangkitan yang lebih dalam dan teruk dari bisul tunggal
- berkembang dan sembuh dengan perlahan serta meninggalkan parut.
- pesakit boleh mengalami demam panas apabila karbunket berlaku.

* sesiapa yang mempunyai diabetes, sistem imun tertekan, akne jerawat atau masalah kulit lebih berisiko tinggi untuk menghidap BISUL.. Pesakit dinasihatkan tidak memicit atau memecahkannya kerana ia akan merebak dan berjangkit. Antibiotik atau pengaliran surgikal diperlukan untuk membuang atau mencegah jangkitan.

* Simptom-simptom BISUL
- ketulan merah dan bengkak berisi nanah yang menyakitkan
- membesar dan menjadi lebih sakit dalam masa 5 - 7 hari.
- bisul yang kronik boleh membesar hingga sebesar bola golf sebelum matanya pecah.

* Punca-punca BISUL
- berlaku apabila satu atau lebih daripada folokel rambut - injap berbentuk tiup dari mana rambut tumbuh dijangkiti bakteria stafilokokus aureus
- bakteria ini berada pada kulit dan kadangkala laluan kerongkong dan hidung yang bertanggungjawap untuk beberapa jenis penyakit serius termasuk jangkitan trek urinari dan infeksi endokartitis di lapisan jantung,
- punca jangkitan utama jangkitan penyakit yang didapati daripada hospital dan makanan.
- Bakteria stafiokokus yang menyebabkan bisul lazimnya masuk melalui luka, kesan cakaran atau pecahan pada kulit.

* pencegahan BISUL
- elak berpakaian ketat
- banyak makan buah-buahan, sayuran dan bijirin serta sejumlah kecil protin
- elak mkn makanan berlemak.

* TIPS penjagaan
- satu sudu garam ke satu suku gelen air mendidih dan sejukkannya pada suhu bilik. Tuamkan dengan kain yang direndam ke dalam air suam bergaram ke kawasan yang dijangkiti selama 30min.
- basuh bisil dua kali sehari
- sapu antibiotik yang boleh didapati di farmasi dan tutup kawasan berbisul untuk elakkan kuman.
- basuh tangan selepas membersihkan bisul.
- pakaian atau apa saja yang di pakai tidak boleh dikongsikan.

Thursday, December 27, 2012

dugaan dipenghujung tahun..

Assalamualaikum w.b.t......

Beberapa hari lagi kita akan menginjak ke tahun baru 2013, sedar tak sedar 2012 semakin ditinggalkan..terlalu banyak kenangan pada tahun 2012 sepertimana tahun2 sebelum nya...kehidupan mmg tak lekang dari pengalaman, kenangan dan sebagainya....yang akan menjadi sejarah buat selama-lamanya.

Setiap orang pasti akan mempunyai kenangan manis sepanjang tahun, tak kurang juga yang menghadapi kesukaran...walau apa pun yg dilalui, kena ingat bhw itu semua ujian dari-Nya yang pasti nya mempunyai hikmah di setiap kejadian...

------

Dugaan bagi aku pula cukup banyak sehingga la tirai 2012 yang akan berlabuh tak lama lagi, dugaan dari semua segi, namun aku redha dan aku tahu itu semua pasti ada baiknya..dan aku cukup bersyukur krn dgn dugaan itu aku tahu Tuhan masih sayang kan aku...syukran...

Kesihatan ku tidak berapa mengizinkan sejak dua menjak ni...kondisi badan yang cukup lemah tapi aku tetap kuatkan semangat dan kudrat ku untuk meneruskan setiap aktiviti yang telah dirancang..selagi aku mampu..setiap tugasan yang aku galas cuba untuk aku selesaikan sebelum tahun 2012 berakhir...berharap ianya akan berakhir dengan sempurna..

Cuba untuk memaksa diri demi kebaikan semua..mmg cukup kuat dugaan ini.....

------

Aku berserah pada-Mu ya-Allah......
kerna aku tahu apa yang telah Kau aturkan untuk ku adalah yang terbaik bagiku......

------

---(Bersangka Baik Pada-Nya)-(Janji Allah s.w.t Itu Pasti)---

Tuesday, December 25, 2012

Alahai Jodoh.....

Assalamualaikum w.b.t....

Alahai Jodoh, apa pendapat korang ttg jodoh...adakah perlu dicari, ditunggu @ just biarkan org yg berpengalaman tolong cari kan atau dlm erti kata, pilihan keluarga.



fuhhhhh...ntah mcm mana nak lalui hidup pada tahun2 berikutnya, mesti penuh dengan persoalan ttg jodoh memandangkan skng ni aku masih single. jodoh pertemuan di tangan Allah s.w.t..andai ditakdirkan jodoh awal maka awal lah jodoh itu...jika ditakdirkan lambat sedikit, maka lambat la iya...lagipun jodoh bukan boleh bawa main mcm zaman kita kecik2 dulu...sket2 nak main kahwin2...hahaha

jodoh/kahwin melibatkan hubungan antara lelaki & wanita (yelah takkan sebaliknya kot kan..hahaha...) yg kekal (Insya-Allah) seboleh-bolehnya hingga akhir hayat...kahwin bukan nya setakat setahun dua...ye tak....

maka dengan itu, adakah salah besar sekiranya kita memilih. apa pendapat korang pula ttg wanita skng kini lebih memilih tentang jodoh. memandangkan pada zaman skng ni ramai wanita2 di luar sana yg berkerjaya dan berjaya...memilih bukan atas dasar harta @ rupa...tetapi lebih kepada tanggungjawab yang perlu digalas sekiranya menjadi suami atau pemimpin dalam keluarga.

bukan mudah bagi sesetengah ibubapa yang sanggup melepaskan anak mereka pada orang lain...semestinya mereka mahukan yang terbaik bagi menjamin masa depan anak mereka.

Alahai jodoh, kadang2 terpikir juga kenapa kawan2 yang lain mendapat jodoh lebih awal dari aku...fikir punya fikir, Allah s.w.t ada agenda disebalik apa yg cuba Dia aturkan...cepat @ lambat tak penting...yang penting adalah ianya jodoh yang baik buat kita semua. insya-Allah....setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya..

 "Allah s.w.t mencipta makhluk-Nya berpasang-pasangan.."...maka yakinlah bahawa pasangan anda berada di luar sana....:) ... yakinlah bahawa janji Allah s.w.t  itu pasti....



apa2 pun TAHNIAH kepada kawan2 yang da bertemu JODOH.... :) semoga kekal hingga ke akhir hayat..
aminnnn....

copy pic ni kat blog *Teratak Pendidik*

Friday, December 14, 2012

geram, sakit hati, terkilan


kebanyakkan masa aku 'struggle' dgn tugas hakiki...
lebih2 lg masa d KL...sbb aku tahu itu keja yg aku perlu selesaikan...
dan aku tak pernah rasa ianya membebankan.....

tapi 2 minggu kebelakangan ni lah pengalaman yg membuatkan aku rasa geram, sakit hati dan sangat terkilan.....

'hanya berkata di mulut bahawa mereka memahami dan cuba utk membantu'...
walhal pada hakikatnya tak pernah nak faham dan tak pernah nak bantu pun...

Thursday, December 13, 2012

AFF SUZUKI 2012 bukan rezeki HARIMAU MALAYA......

gerammmmmm.......ni lah rupa refree yg bikin panas....


tapi...atas kesilapan kecil mamat kat bawah ni yg bg peluang dgn thailand tuk score...


perlawanan malam ni....FARIZAL hero...coz bnyk menyelamatkan serangan thailand walo pun akhirnya bolos jgk..



kesian kat mohd fadhli....





..............aku still geram ngan refree korea ni tau...........
arggghhhhhhh





Wednesday, December 12, 2012

awek WAN ZACK - Harimau Malaya

bg sapa yg masih tak tahu sapa c ZZATI...kekasih hati Wan Zack....tgk VID d bwh ni..rasa nya ramai yg penah dgr lagu dia..kan...kan...





apa lah nasib....

assalamualaikum w.b.t....

apa la nasib kan....selalu nya orang hanya mahu d fahami...tapi tidak pula ingin memahami....sedih, geram, sakit hati...segalanya ada, tp apa yang aku boleh buat. Aku selalu cuba untuk memahami semua orang disekeliling aku tapi tak semua cuba tuk memahami aku. Aku selalu bertolak ansur dengan orang tapi kenapa yang lain tak boleh nak buat benda yang sama untuk aku pula. 

yang buat lagi sedih tu orang buat tak tahu je...pening kepala memikirkan semua nya....

**senyum jak la....

Wordless Wednesday...#11


Tuesday, December 11, 2012

Serius : Pemandu Di Sabah Sila Ambil Perhatian Di Jalan Raya Ini (Gambar)

Pemandu Di Sabah Diambil Perhatian Di Jalan Raya Ini.

Satu insiden telah berlaku pada seorang pemandu Fauzi Miswan di jalan KK dan Kota Belud.


Begini ceritanya :

Kejadian berlaku pada 29/08/2012 jam lebih kurang 6.00 p.m. semasa saya, isteri ,dua orang anak saya yang berumur setahun dan 6 tahun serta seorang anak buah saya berumur 8 tahun dalam perjalanan pulang dari Kota Belud menuju ke Kota Kinabalu selepas menghantar kedua mertua dan adik ipar saya di Kg Kulambai Dundau..

Tiba-tiba saya dikejutkan oleh satu objek panjang yang berpusing menuju ke arah kereta saya dari atas sebuah bukit di lokasi Kg. Paka-Paka jalan Kota Belud - Tuaran (berhampiran bukit Tenghilan)...,oleh kerana tidak sempat mengelak ,objek tersebut terkena hadapan kereta saya betul-betul di sebelah pemandu dengan satu dentuman yang kuat..,objek tersebut melantun lalu terjatuh di seberang jalan..,saya memberhentikan kereta ditepi jalan dan mendapati bonet kereta telah kemek...,lantas terus menuju ke arah objek yg terjatuh tadi..alangkah terkejut nya saya bersama isteri apabila mendapati objek itu adalah sebatang besi keluli padu seberat lebih kurang 2 kg..

Alangkah bernasib baiknya saya kerana objek tersebut tidak jatuh mengenai cermin kereta saya lalu tembus terkena saya yang sedang memandu atau terkena anak saya yang duduk dihadapan ketika itu...dan jika itu terjadi apakah agaknya nasib isteri dan anak-anak serta anak buah saya yang ketika itu bersama di dalam kereta yang saya pandu..syukur kepada Allah s.w.t kerana semuanya selamat...,

Setelah sampai kerumah isteri saya menelefon kakaknya di Kota Belud rupa-rupanya sudah banyak kes kereta dilempar oleh pelbagai objek berlaku di kawasan sekitar tersebut..,malam ini akan membuat laporan polis..,kepada semua pemandu yang selalu lalu dikawasan tersebut plss BE ALERT..!!!....plss share kpd semua...



-Cerita Dari pembaca-


kes macam ni selalu berlaku dan seringkali berakhir dengan diragut. Kami pun pernah kena sekali semasa dalam perjalanan dari UKM Bangi ke KLIA menggunakan jalan raya area kampung Bangi - Dengkil. Walaupun agak gelap, namun itu adalah laluan paling pantas untuk tiba ke KLIA. Kereta kami terlanggar sesuatu sehingga menyebabkan tayar pancit. Kami (3 orang) terpaksa memberhentikan kereta serta merta di tepi jalan yang gelap. Tak sampai 10 saat, tiba sebuah motorsikal kata mereka terdengar bunyi bising tadi dan terus datang ke situ untuk tolong. Mungkin mereka nak ragut kami tetapi dengan tubuh mereka hanya 2 orang dan kami tiga orang, misi mereka tak berjaya. Kawan aku pegang stereng lock yang besi tu sepanjang kami menukar tayar baru. Nak tak nak mereka terpaksa tolong kami juga. Kamudian terus pecut sehingga tiba di stesen minyak untuk atur balik tayar.

----copy kat penpatah.blogspot.com

hensem tak...hensem tak......


pix amik kat ----- FB OhMedia........

nak view apa ek??...just click je..:)

Piala AFF (4) jodoh (4) Harimau Malaya (3) 2013 (2) BENASHAARI.COM (2) MAKDARA (2) Najwa Latif (2) REMAJA (2) Rajagobal (2) doa (2) info kesihatan (2) kahwin (2) lelaki (2) mercun (2) perempuan (2) rusuk (2) #doautkMH370 (1) #prayforMH370 (1) 1Malaysia (1) 2012 (1) A Thousand Years (1) AFF SUZUKI (1) ASK (1) AirAsia (1) Al-Fatihah (1) Alfred Riedl (1) Apollo Medical Team (1) BADMINTON (1) BEN ASHAARI (1) BERAS (1) BLACK ft. MALIQUE (1) BURAS (1) Bambang Pamungkas (1) Bernama (1) Borobudur (1) Boyfriend (1) Brain (1) Bruno Mars (1) Bugis (1) CUEPACS (1) Celcom (1) DIET (1) Datuk Hj Juhar Hj Mahiruddin (1) Datuk Seri Dr. Rais Yatim (1) Dejavu (1) Digi (1) FKAT (1) FPI (1) Fakta (1) Firman Utima (1) GAMBIT SAIFULLAH (1) Garuda (1) Haid (1) Happy Fathers Day (1) Happy New Year (1) Homisid (1) ILKA (1) IPTA (1) JUPE (1) Jakarta (1) Jawa Tengah (1) Justin Bieber (1) KARANGKRAF (1) Kinabalu (1) Kristen Stewart (1) Lanun (1) Lulu-Pages (1) MAN KIDAL (1) MARAH (1) MM RAZIF (1) MOJO (1) Maal Hijrah (1) Mackenzie Foy (1) Marion Counter (1) Maxis (1) Microsoft (1) Moshe Dayan (1) NAZA (1) NSAID (1) Nazim Othman (1) Nikah (1) Osman Kering (1) PhD (1) Platonic Love (1) RAYA (1) REMEMBER YOU (1) Robert Pattinson (1) SEAN KINGSTON (1) SHERVINTON EXECUTIE BOUTIQUE HOTEL (1) SITI NURHALIZA (1) SM Nasarudin (1) SSFC (1) Safee Sali (1) Sailendra (1) Sinar Harian (1) Sleeq (1) Surface (1) T-Shirt KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (1) TEVT (1) TV3 (1) Tabung Ahmad Sufi (1) Tawau (1) Teman Pengganti (1) Ultra Malaya (1) VOTE (1) adele (1) aepul drama (1) aidil zafuan (1) alviss kong (1) ariel sharon (1) awek (1) azam (1) baidu.com (1) bank darah (1) berat (1) berkat (1) bogel (1) bulan rejab (1) bunuh diri (1) cerita dia (1) christina perri (1) cikshida (1) dark circle (1) derma darah (1) doa iftitah (1) doodle (1) drama band (1) erti (1) erti keberkatan hidup (1) eye roll-on (1) eyebag (1) farizal (1) fizgraphic (1) fonofobia (1) fotofobia (1) gaji (1) garnier (1) google.com (1) header (1) hidup (1) hospital tawau (1) idea (1) imsak (1) instinct (1) integriti (1) j0d0h.... (1) jamal abdillah (1) kanser rahim (1) kawen (1) kecewa (1) kereta (1) khalifah dunia (1) lirik (1) majalah (1) malique (1) mati (1) mcDonald (1) migrain (1) mimpi (1) mohd fahdli (1) niat puasa (1) nik aziz (1) paracetamol (1) pasrah (1) penpatah (1) percaya padaku (1) pesona (1) reward (1) rindu (1) sabah (1) sahur (1) sedih (1) someone like you (1) sony ericcson xperia x10 mini (1) stay (1) stayreward (1) syeera sanders (1) takut (1) terbang (1) tip (1) tip membina pesona diri (1) tulang (1) ungu (1) wan zack (1) wanita (1) warden (1) zzati (1)