w00t-w00tttttttt.....

kamu lebih dari f0ll0wers - kamu adalah SAHABATKU-

Monday, July 19, 2010

!!~~JERAWAT '0h' JERAWAT~~!!


aarrggghhhhhhh...JERAWAT!!!!!!.....'benda' yg paling aku tidak gemari....rasanya bkn aku sendiri yg ndak suka benda ni....ramai perempuan d luar sana....bah kan laki pun f0bia ngan mahkluk ni...hehehehhe....heran jgk kan..ada yg pntg itu...pntg ini...tp ada jgk yg masih dikunjungi 0leh benda ni....semua petua @ pntg larang di ikut....masih sama....JERAWAT tetap hinggap ke muka sapa2 jak lha...mmg ndak tau malu kan..suka2 ati jak dtg...ndak d jmpt dtg...sdh d halau...dtg balik...huhuhu...apa lha nasib...yg ki musykil tu kan...apa jgk penyebab JERAWAT ni...fuhhh...kita baca ni.....c0py kat wikipedia...hehehe...thankz t0 wikipedia 4 diz inf0.......


Jerawat merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan salah penjagaan kulit.) Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.

Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi telah menemukan hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan wanita. Jerawat; bahasa Inggeris “Acne Vulgaris”, iaitu masalah kulit yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak)pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.

Metodologi kemunculan jerawat

• Kecederaan pada tisu utama yang disebabkan oleh bintil putih (white head) dan bintik hitam (black head).Apabila bintil-bintil putih (white heads) itu dicemari oleh kekotoran sedangkan ia berada dalam keadaan berminyak dan lembab, bintil putih tersebut akan mudah bertukar menjadi bintik hitam (black head).Bintik-bintik hitam (black heads) mengandungi sumbatan sebum (iaitu bahan berlemak yang dihasikan oleh kelenjar minyak). Pada kebiasaannya, bintik hitam sukar untuk dikeluarkan kerana ruang folikel yang kecil jika dibandingkan dengan saiz bintik hitam yang besar.Apabila kandungan sebum dibawah/dalam ruang folikel itu bertambah maka ruang folikel itu akan terhakis dari dalam dan membesar, maka ia akan menyebabkan kecedaraan pada kulit lalu menyebabkan nanah dalaman dan akhirnya terbentuklah jerawat.

• Selain itu, masalah jerawat juga terjadi akibat pertumbuhan bacteria Propionibacterium acnes yang mengisi ruang-ruang folikel rambut yang terbuka dan mudah terdedah kepada kekotoran selain ia mudah terdedah kepada kelembapan dan pengoksidaan luaran.

• Biasanya, masalah jerawat hanya diketogorikan sebagai ‘ringan’ sekiranya jumlah lesi(jumlah bintil merah/nanah putih yang tercela) kurang dari 30.

• Manakala jumlah lesi dari 30 hingga 125 akan dikategorikan sebagai masalah jerawat ‘sederhana’. Dan apabila jumlah lesi telah melebihi 125, maka masalah jerawat itu akan dikategorikan sebagai ‘kronik’.

• Jerawat biasanya menyerang remaja yang berusia antara 14 hingga 19 tahun kerana pada waktu itu berlakunya suatu bentuk perubahan hormone yang agak agresif.

Jenis-jenis jerawat

• Jerawat Ringan; biasanya mempunyai sedikit bintik hitam dan jerawat. Masalah jerawat ini hanya dikategorikan sebagai ‘ringan’ sekiranya jumlah lesi(jumlah bintil merah/nanah putih yang tercela) kurang dari 30. Kurangnya warna kemerah-merahan pada kulit akibat jerawat.

• Jerawat Sederhana; Pada kebiasaannya pesakit akan mengalami banyak bintilan jeragat(black heads) dan jerawat yang berwarna hitam dan merah pada bahagian wajah/muka, dada dan belakang badan.

• Jerawat Kronik; Pesakit akan mengalami banyak nodul besar yang berwarna merah dan terasa sakit dan berdenyut pada bahagian muka, dada, belakang badan dan anggota tubuh yang lain. Keradangan kulit akan berlaku jika kelenjar minyak mengelurkan kuantiti minyak dan sebum secara berlebihan dan menyebabkan kelenjar minyak tersumbat. Apabila ini berlaku, maka Whiteheads akan muncul dengan banyaknya sambil merancakkan pertumbuah jerawat yang amat ketara. Jika masalah itu berlarutan tanpa diselesaikan maka akan wujudnya interaksi antara jeragat, jerawat dan minyak yang boleh menyebabkan parut kekal dan kawah kulit yang besar serta luka bernanah. Selain itu, bintik hitam (blackhead) yang banyak pula akan wujud dan berinteraksi dengan bacteria jerawat.

Punca Jerawat

Terdapat laporan yang menunjukkan bahawa masalah jerawat kerap berlaku dalam kalangan remaja. Semasa proses kematangan berlaku, kelenjar-kelenjar minyak menjadi aktif kerana penghasilan sebum akibat perubahan hormon. Kegagalan folikel pilosebaceous untuk berfungsi dengan baik ketika perubahan hormone dalam tempoh masa remaja akan menyebabkan jerawat tumbuh. Hormon yang dimaksudkan adalah hormone testeron.

Hormon testeron biasanya akan ditukarkan kepada dihidrotesteron di dalam kulit dan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan saiz dan kadar metabolic fizikal. Individu yang mempunyai kulit sensitif akan mengalami masalah penghasilan sebum yang berlebihan ataupun mengalami kekeringan kulit yang agak ketara. Fungsi sebum adalah untuk menjadi pelincir bagi membuatkan kulit lebih gebu dan lembut, lapisan pelindung kepada rambut dan kulit supaya tidak mengalami kekeringan ekstrem dan bagi mengekal kehidratan (kelembapan) kulit dan rambut. Kelenjar minyak sebenarnya mengandungi sejenis kuman iaitu propionibactium acnes. Kuman ini mampu mengubah sebum berlebihan kepada asid lemak yang akhirnya menyebabkan jerawat dan keradangan kulit.

Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan, ketidakkeseimbangan horman tubuh dan salah penjagaan kulit).

Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.

Tip-tip mengelakkan dari pembentukan jerawat

Pembentukan jerawat yang sedikit dan normal adalah perkara biasa bagi seseorang remaja, namun begitu langkah menghindarinya dapat dilakukan bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit, maka amalan penjagaan kebersihan diri dan wajah perlu dilakukan, diantara-syor-syor penjagaan wajah yang disyorkan untuk dilakukan adalah seperti:

§ Lakukan pencucian muka dua kali sehari dengan jenis sabun pencuci muka yang bertektur lembut dan membersih secara mendalam. Jika boleh pilihlah jenis sabun pencuci muka yang tidak terlalu mengeringkan dan boleh menghidratkan kulit. Namun begitu pencucian kulit tanpa sabun pencuci juga boleh dilakukan sebanyak 5 kali sehari ataupun lebih sebagai alternative dan tambahan kepada cucian muka dengan menggunakan sabun pencuci muka. Tetapi perlu diingatkan disini, bahawa mencuci kulit dengan kuat dan menggosoknya dengan kuat untuk menghilangkan minyak, kekotoran dan sel-sel mati pada kulit bukanlah suatu yang baik pada kulit malah perbuatan tersebut dapat menyebabkan keradangan kulit dan jerawat akan menjadi lebih teruk. Sebaliknya gunakan cara urutan ringan dan gosoklah kulit dengan lembut.

§ Penggunaan skrub wajah juga adalah digalakkan namun penggunaannya mestilah sesuai dengan kulit. Penggunaan skrub wajah adalah bertujuan untuk membuang lebihan sebum yang tersumbat dalam Liang Pori, selain membuang bintik hitam dan bintik putih serta sel kulit mati. Namun perlu ditegaskan bahawa anda hanya perlu menggunakan skrub wajah 1 hingga 2 kali seminggu sahaja atau 1 dalam masa 2 minggu bagi mereka yang kurang terdedah dengan aktiviti luar dan pancaran cahaya matahari. Penggunaan skrub wajah yang lebih dari kadar yang disyorkan adalah amat merbahaya pada kulit khususnya pada kulit sensitive. Sila gunakan skrub wajah yang mempunyai butiran yang tidak kasar malah lembut pada kulit.

§ Mencuci kulit dengan skrub wajah ataupun sabun pencuci kulit sebenarnya pasti akan mengeringkan kulit walaupun anda mencuci kulit dengan ringan dan menggunakan sabun dengan sedikit. Oleh kerana demikian anda samaada lelaki ataupun perempuan adalah digalakkan untuk menggunakan pelembab atau penyegar kulit selepas anda mencuci kulit anda dengan sabun pencuci, ini adalah penting bagi mengekalkan kelembapan kulit dan pH kulit pada kadar yang seimbang.

§ Anda juga adalah dilarang untuk memicit kulit anda yang mempunyai jerawat ataupun sebarang bintik, nodul ataupun sebarang pertumbuhan baru yang tidak diperlukan pada kulit anda. Sebaliknya jumpalah pakar kulit yang bertauliah atau pakar dermatogi di klinik dan hospital pakar untuk menyelesaikan perkara tersebut. Memicit kulit yang mempunyai jerawat bukan sahaja tidak elok pada kulit tetapi akan memburukkan lagi keadaan kulit anda!

§ Sebanyak mana yang boleh, anda mestilah mengelakkan kulit muka anda daripada terkena cahaya matahari secara berterusan. Kulit akan mudah menjadi kering jika anda terkena cahaya matahari secara berterusan. Walaupun anda terdedah dengan cahaya matahari pada kadar yang sedikit. Pancaran Sinar UV (Ultraviolet) yang sedikit yang terkena pada kulit anda sudah cukup untuk menyerap masuk kedalam sel kulit dalam anda dengan mudah serta merosakkan struktur protein dan DNA kulit anda. Perkara ini tentunya tidak baik pada kulit kerana ia mungkin juga mampu menyebabkan kanser kulit. Bagi mencegah dari masalah terkena pancaran matahari yang agresif ini, anda disyorkan untuk memakai pelembab kulit yang mempunyai pelindung sinaran UV samada dari jenis (SPF 10, SPF 15, SPF 25, SPF 50 dan sebagainya), perkara ini penting bagi mengurangi kesan kegelapan yang mungkin timbul akibat pembentukan melanin oleh sel melanosit dan peyerapan UV-B ke dalam sel basal melanogenesis yang mungkin menyebabkan kerosakan kepada DNA yang akhirnya boleh membawa kepada penyakit kanser. Pemakain pelembab dan pelindung UV perlu dipakai setiap kali selepas mencuci muka, ketika berada di dalam bilik/kawasan berhawa dingin (suhu yang sejuk dan berhawa dingin mampu mengeringkan kulit dengan cepat) atau ketika ingin melakukan aktiviti luar yang akan menyebabkan anda terdedah kepada sinaran matahari terik. Anda juga amat disarankan untuk sentiasa menutup wajah anda dengan kain ketika melakukan aktiviti luar bagi mengurangi kesan pancaran UV, pencemaran dan habuk di persekitaran.

§ Janganlah selalu menukar produk pembersihan wajah dan kecantikan wajah secara kerap kerana ia mungkin menyebabkan iritasi dan alergik pada kulit anda.

Diet kesihatan kulit

§ Kulit biasanya mempunyai diet pemakanan yang tersusun, ini kerana factor pemakanan juga mampu menjadi penyebab kepada masalah kulit

Rawatan akne dan jerawat menggunakan kaedah meditasi

Ubat-ubat akne disediakan dalam berbagai bentuk seperti: • Ubat sapu (krim, losen, gel dan pencuci bentuk cecair) • Ubat makan (pil, kapsul)

Terdapat pelbagai jenis rawatan akne bergantung kepada tahap keterukan. Ianya termasuk:

§ Emollients

§ Benzoil peroksida, asid salisilik

§ Hormon, termasuk pil perancang keluarga

§ Antibiotik

§ Retinoids - seperti Isotretinoin

Emollients

Fungsi Emollients adalah seperti Mencairkan sisa/daki (terutama di zon T yang berminyak), menyingkirkan sel mati yang menyumbatkan Liang roma, menghasilkan kulit yang licin dan lembut dan mengekalkan lembapan di kulit. Contoh bahan seperti Balneum.

Benzoil Peroksida, Asid Benzoik, Asid salisilik

Fungsi adalah untuk menghalang bakteria dan seterusnya menghalang pembiakan bacteria. Contoh ubat seperti:

§ Akneroxid 5 / Akneroxid 10, Benzac AC, Brevoxyl, Panoxyl (benzoyl peroxide)

§ Clearasil (Benzoic acid)

§ Palmer's skin success acne medication (salicylic acid)

Hormonal (termasuk pil perancangan keluarga)

Berfungsi untuk menghalang penghasilan minyak, menghalang Ovulasi dan mengatur kedatangan Haid (bagi wanita sahaja) Contoh ubat seperti Diane 35.

Antibiotik

Berfungsi untuk:

§ Menyerang kuman yang boleh membuat akne bertambah teruk

§ Menghalang pembiakan bakteria

§ Mengurangkan kemerahan dan bengkak

Jenis antibiotik yang perlu digunakan untuk merawat masalah jerawat pula adalah:

§ Tetracycline

§ Aknemycin, Eryderm (Erythromycin

§ C-mycin, Dalacin-T, Topicil (Clindamycin)

Retinoids

Berfungsi untuk:

§ Menghalang liang roma dari tersumbat

§ Memberi kesan anti-radang

Jenis ubat:

§ Isotrex, Oratane (Isotretinoin)

§ Retacnyl, Retin-A, Stieva-A, Tretinon (Tretinoin)

No comments:

nak view apa ek??...just click je..:)

Piala AFF (4) jodoh (4) Harimau Malaya (3) 2013 (2) BENASHAARI.COM (2) MAKDARA (2) Najwa Latif (2) REMAJA (2) Rajagobal (2) doa (2) info kesihatan (2) kahwin (2) lelaki (2) mercun (2) perempuan (2) rusuk (2) #doautkMH370 (1) #prayforMH370 (1) 1Malaysia (1) 2012 (1) A Thousand Years (1) AFF SUZUKI (1) ASK (1) AirAsia (1) Al-Fatihah (1) Alfred Riedl (1) Apollo Medical Team (1) BADMINTON (1) BEN ASHAARI (1) BERAS (1) BLACK ft. MALIQUE (1) BURAS (1) Bambang Pamungkas (1) Bernama (1) Borobudur (1) Boyfriend (1) Brain (1) Bruno Mars (1) Bugis (1) CUEPACS (1) Celcom (1) DIET (1) Datuk Hj Juhar Hj Mahiruddin (1) Datuk Seri Dr. Rais Yatim (1) Dejavu (1) Digi (1) FKAT (1) FPI (1) Fakta (1) Firman Utima (1) GAMBIT SAIFULLAH (1) Garuda (1) Haid (1) Happy Fathers Day (1) Happy New Year (1) Homisid (1) ILKA (1) IPTA (1) JUPE (1) Jakarta (1) Jawa Tengah (1) Justin Bieber (1) KARANGKRAF (1) Kinabalu (1) Kristen Stewart (1) Lanun (1) Lulu-Pages (1) MAN KIDAL (1) MARAH (1) MM RAZIF (1) MOJO (1) Maal Hijrah (1) Mackenzie Foy (1) Marion Counter (1) Maxis (1) Microsoft (1) Moshe Dayan (1) NAZA (1) NSAID (1) Nazim Othman (1) Nikah (1) Osman Kering (1) PhD (1) Platonic Love (1) RAYA (1) REMEMBER YOU (1) Robert Pattinson (1) SEAN KINGSTON (1) SHERVINTON EXECUTIE BOUTIQUE HOTEL (1) SITI NURHALIZA (1) SM Nasarudin (1) SSFC (1) Safee Sali (1) Sailendra (1) Sinar Harian (1) Sleeq (1) Surface (1) T-Shirt KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (1) TEVT (1) TV3 (1) Tabung Ahmad Sufi (1) Tawau (1) Teman Pengganti (1) Ultra Malaya (1) VOTE (1) adele (1) aepul drama (1) aidil zafuan (1) alviss kong (1) ariel sharon (1) awek (1) azam (1) baidu.com (1) bank darah (1) berat (1) berkat (1) bogel (1) bulan rejab (1) bunuh diri (1) cerita dia (1) christina perri (1) cikshida (1) dark circle (1) derma darah (1) doa iftitah (1) doodle (1) drama band (1) erti (1) erti keberkatan hidup (1) eye roll-on (1) eyebag (1) farizal (1) fizgraphic (1) fonofobia (1) fotofobia (1) gaji (1) garnier (1) google.com (1) header (1) hidup (1) hospital tawau (1) idea (1) imsak (1) instinct (1) integriti (1) j0d0h.... (1) jamal abdillah (1) kanser rahim (1) kawen (1) kecewa (1) kereta (1) khalifah dunia (1) lirik (1) majalah (1) malique (1) mati (1) mcDonald (1) migrain (1) mimpi (1) mohd fahdli (1) niat puasa (1) nik aziz (1) paracetamol (1) pasrah (1) penpatah (1) percaya padaku (1) pesona (1) reward (1) rindu (1) sabah (1) sahur (1) sedih (1) someone like you (1) sony ericcson xperia x10 mini (1) stay (1) stayreward (1) syeera sanders (1) takut (1) terbang (1) tip (1) tip membina pesona diri (1) tulang (1) ungu (1) wan zack (1) wanita (1) warden (1) zzati (1)