hai all......terus kpd tajuk ek.....aku d0k canguk dlm bilik s0rang2.....aku pun capai la buku fevret aku UJANG.....bulan lepas aku beli di Kota Kinabalu...nak hilang kan tension dok s0rang2 kan....buku ni ISU 415, 1 November 2011....
apa yg aku nak share ni actually mcm tajuk tu la kan.....
......CICAK & SUMPAH-SUMPAH....
layan k......aku teringin nak BELA satu tau......huhuhuhu......
------------------------------------------------------------------------
.....CUBAN IGUANA.....
Cuban Iguana, haiwan herbivor yang boleh membesar hingga 1.5 meter, yang diukur dari kepada hingga hujung ekor dan mempunyai berat sehingga 9 kilo, Iguana terbesar boleh mencapai panjang sehingga 2 meter......
.....CICAK DRACAENA.....
Nama lainnya adalah Cicak Caiman, didapati di Amerika Selatan. Cicak ini banyak menghabiskan masa di dalam air seperti di sungai atau lopak air di hutan. Cicak ini selalu berjemur di dahan pokok yang bawahnya air.
.....SANDVELD EKOR BIRU.....
Cicak ini boleh didapati di Mozambique, Afrika Selatan dan Amerika timur. Nama saintifik cicak ini adalah NUCRAS CAESICAUDATA. Cicak ini boleh dikenali dengan mudah kerana ekornya yang berwarna biru cerah. Cicak ini hidup di tempat yang kering, berpasir & juga di padang rumput.
.....VEILED CHAMELEON.....
CHAMAELEO CALYPTRATUS, sumpah-sumpah yang besar dari spesies sumpah-sumpah yang memiliki warna yang cantikk. Kerana boleh didapati di Yaman, Saudi Arabia maka sumpah-sumpah ini juga disebut dengan sesumpah Yaman. Pola warna yang sumpah-sumpah ini bergantung kepada beberapa faktor termasuk kesihatan, moodnya, juga suhu badannya.
.....GOLD DUST DAY GECKO (PHELSUMA LATICAUDA).....
Gold Dust Day Gecko berasal dari Madagascar dan Comoros. Haiwan ini memakan serangga dan nektar dari tumbuhan. Cicak ini berukuran kecil, membesar hanya sehingga ukuran 9 inci. Berwarna hijau terang atau hijau kekuningan atau seakan berwarna biru, leher dan punggung atasnya kekuning-kuningan. Bahagian atas kelopak mata, kaki dan jari-jarinya berwarna biru.
.....PANTHER CHAMELEON.....
Spesies sumpah-sumpah cantik yang dikenali dengan nama FURCIFER PARDALIS ini hidup di Kepulauan Madagascar, Reunion & Mauritus. Sumpah-sumpah yang betina jauh lebih kecil daripada jantan, dalam separuh saiz sumpah-sumpah jantan. Sesumpah jantan boleh membesar sehingga 20 inci (50cm) dan biasanya yang paling besar ditemui sepanjang 17 Inci (45cm).
.....AGAMA BATU PENINSULAR PSAMMOPHILUS DORSALIS.....
Reptilai dengan warna yang berbeza ini adalah termasuk spesies agama. reptilia berwarna terang sangat jarang ada, Biasanya cicak ini boleh didapati di bukit berbatu di India Selatan. Dikenali juga dengan Agama Batu India Selatan.
.....AGAMA BATU KEPALA MERAH.....
Cicak agama adalah spesies cicak yang boleh didapati di daerah Sub-Sahara, Afrika. Nama lainnya adalah Cicak Agama Pelangi. Boleh dilihat ketika siang hari yang terik. Ketika musim mengawan, cicak agama jantan memiliki tanda warna biru yang menakjubkan. Bahagian kepala, leher dan ekor berubah menjadi berwarna jingga dan tubun=hnya berwarna biru tua.
.....IGUANA TANAH GALAPAGOS.....
Iguana Tanah Galapagos atau Conolophus Sabcristatus memiliki warna kuning cerang yang sangat jarang terdapat pada reptilia lain. Sesuai namanya, iguana ini berasal dari Kepulauan Galapagos.
.....SUMPAH-SUMPAH PARSON.....
Berasal dari Madagascar. Sumpah-sumpah bernama Latin CALUMMA PARSON ini berukuran besar dan salah satu spesies sumpah-sumpah yang mempunyai warna yang cantik.
.....CICAK TAMAN ORIENTAL.....
Cicak yang berwarna unik ini boleh didapati di Asia dan nama saintifiknya ialah CALOTES VERSICOLOR. Spesies ini juga boleh didapati di beberapa tempat yang lain. Cicak jantan memiliki tenggorak berwarna merah cerah ketika mengawan yang membuatnya dinamakanCICAK BLOODSUCKER (Penghisap Darah). Nama yang kurang tepat kerana cicak ini hanya memakan seranggan.
.....FURCIFER MINOR.....
Walaupun penampilannya sedikit menyeramkan, Furcifer Minor, spesies sumpah-sumpah yang asalnya dari Madagascar ini teracam kerana habitatnya mulai pupus.
.....SUMPAH-SUMPAH CEBOL TRANSVAAL.....
Sumpah-sumpah unik ini yang nama saintifiknya BRADYPODIAN TRANSVAALANCE ini adalah 'penduduk' asli Afrika Selatan.
--------------------------------------------------------------------
wahhhhh.......banyak kan spesies CICAK & SUMPAH-SUMPAH.....ni baru sket....tak cari semua lg ni.....ni pun tetiba dtg rajin nak sel0ngkar.........k0rang ada yang berkenaan nak dijadikan peliharaan....hehehehe.....kiut kan......
*nota - inf0 aku amik dr majalah komik UJANG....
** nota - picca CICAK & SUMPAH2 di atas mcm bias amik kat GOOGLE...........
----------------------------------------------------------------------
psssss......aku type balik...huhuhu....sebab try cari xdpt...huhuhu...
keputusan nye tu la....aku type balik....sendu kan....hahahha......
----------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment