Ariel Sharon אֲרִיאֵל שָׁרוֹן | |
Perdana Menteri Israel ke-11 | |
---|---|
Tempoh berjawat 7 Mac 2001 – 14 April 2006 (ditarik balik jawatan sejak 4 Januari 2006) | |
Timbalan | Ehud Olmert |
Didahului oleh | Ehud Barak |
Digantikan oleh | Ehud Olmert |
Tarikh lahir | 27 Februari 1928 |
Tempat lahir | Kfar Malal, Mandat British Palestin |
Parti politik | Kadima (dahulunya Likuddan Parti Shlomtzion) |
Pasangan | Margalit Sharon (meninggal 1962); Lily Sharon (meninggal 2000) |
Ariel Sharon (Ibrani: אֲרִיאֵל שָׁרוֹן, juga digelar Arik אָרִיק) (lahir 27 Februari 1928) ialah seorang bekas Perdana Menteri dan pemimpin tentera Israel yang melihat kerjaya politiknya berakhir akibat diserang angin ahmar yang teruk pada awal tahun 2006.
Sharon berkhidmat sebagai Perdana Menteri dari bulan Mac 2001 hingga April 2006, namun kuasa-kuasa jawatannya dilaksanakan oleh pemangkuPerdana Menteri Ehud Olmert berikutan angin ahmar Sharon pada 4 Januari 2006. Ketika itu, Sharon mula mengalami koma dan sehingga hari ini beliau masih belum sedar.
Ketika kerjayanya yang panjang, Sharon dipandang sebagai tokoh penuh kontroversi oleh banyak pihak di dalam dan luar Israel. Penyokongnya menyanjungnya sebagai pemimpin yang cuba memmulihkan keamanan tanpa mengorbankan kepentingan keselamatan Israel. Ramai warga Israel sedemikian menganggapnya sebagai wira perang yang membantu mempertahankan negara ini ketika detik paling getirnya. Sebilangan pembangkangnya telah cuba mendakwanya sebagai penjenayah perang kerana jenayah yang didakwa berkaitan pembunuhan ramai-ramai Sabra dan Shatila ketika Perang Lubnan 1982, yang mana Suruhanjaya Kahan mendapatinya bertanggungjawab secara 'tidak langsung' dan 'persendirian'. Sementara tiada seorang pun orang Israel yang melakukan pembunuhan itu, siasatan mendapati bahawa Sharon secara persendiriannya bertanggungjawab atas pembunuhan beramai-ramai akibat kelekaan dan terlebih keyakinan. Akibatnya, Sharon dilucutkan jawatan sebagai Menteri Pertahanan. Namun begitu, Sharon masih lagi merupakan tokoh penting dalam Parti Likud, serta memegang pelbagai jawatan kanan dalam jemaah menteri dan parti, lalu menjadi pemimpin parti pada tahun 1999 dan Perdana Menteri pada tahun 2001.
Ketika berkhidmat sebagai Perdana Menteri, dasar-dasar Sharon menyebabkan pertelingkahan di dalam Parti Likud, lalu Sharon sendiri meningglkan Likud untuk membentuk parti baru, Kadima. Beliau menjadi Perdana Menteri Israel pertama yang tidak bernaung di bawah Parti Buruh Israel atau Likud — kedua-dua parti inilah yang sering mendominasi politik Israel dalam sejarah. Parti baru yang ditubuhkan Sharon itu, dengan Olmert yang menampilkan diri sebagai pemimpinnya, memenangi bilangan kerusi terbanyak dalam Knesset pada pilihanraya 2006, dan sekarang merupakan sahabat campuran kanan dalam kerajaan Israel.
info : search kat WIKIPEDIA
------------------------------------------------------------------------------------------------
Dia dimasukkan ke hospital pada tahun 2006 kerana stroke. Doktor melakukan pembedahan kerana Sharon mengalami pendarahan otak.Pembedahan dulu memakan masa hingga 7 jam untuk membuang darah di otaknya.
Terkini, seorang jururawat telah merakamkan gambar terkini Ariel Sharon. Dulu badannya agak gempal dan kini hanya tinggal rangka, beratnya hanya 15 kg saja.
dari facebook:
Kekejaman Ariel Sharon, dia pernah dilihat oleh saksi, seorang pengarah filem dokumentari yg sedang membuat liputan dan pengambaran di sana. Dia melihat Sharon pernah membunuh 2 kanak kanak warga Palestin dengan menembak dari jarak dekat (10 meter) di kem pelarian Sabra-Shatilla pada tahun 1982. Ketika itu Sahron menjadi Menteri Pertahanan Israel.
Peristiwa pembunuhan dan penyembelihan beramai-ramai rakyat Palestin di kem pelarian Sabra-Shatilla pada tahun 1982 tak mungkin akan dilupakan dalam sejarah kemanusiaan. Semua itu dilakukan atas arahan Sharon yang kejam ketika menjadi menteri pertahanan masa tu.
Serangan selama 3 hari telah mengorbankan seramai 3,500 rakyat Palestin yang tidak berdosa.
Pada tahun 2001, Mahkamah Tinggi Belgium mahu membicarakan kes jenayah perang ke atas Ariel Sharon yang jugak berbangsa Belgium, tetapi Israel menuduh tindakan itu berbau politik. Apabila kes itu didiamkan seolah-olah kekejaman itu tidak berlaku langsung, kes itu lenyap begitu saja.
Di dunia lagi dah mendapat balasan dari Allah
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al Quran itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia yang menyaksikan segala sesuatu? (Fushshilat:53)
sumber : SINI
2 comments:
akibat kekajaman yg dilakukan.... Allah telah membalasnya didunia... tapi penggantinya tetap tidak insaf.... bilalah agaknya palestine will be free?
Kwkwkwkkk , moga siksaan di akherat kgk kaget ya
Post a Comment