UNTUK PEMINAT...Aizat dan Hujan tampil pada konsert istimewa jamming TV9 di Pavilion, Kuala Lumpur Jumaat ini.
DI mata golongan remaja, ramai berpendapat Aizat dan Noh Hujan artis berdikari. Bukan saja berbakat bermain muzik, tetapi turut menulis lirik dan mendendangkan lagu sendiri.
Di sebalik pencapaian solo mendapat pengiktirafan dan sudah ada nama, Aizat dan Noh disenangi kerana mudah didekati peminat mereka.
Sebagai artis muda dengan gaya tersendiri, TV9 bakal mempersembahkan Aizat dan Noh Hujan beraksi di pentas konsert istimewa di Pavilion Kuala Lumpur, Jumaat ini.
Lima kumpulan lain turut menyertai ‘jamming’ sempena sambutan ulang tahun kelima TV9 termasuk Pesawat, Awan Band, Gabba Gabba, Drama dan Grey Sky Morning.
Persembahan bermula jam 5 petang hingga 10 malam membariskan pelbagai aktiviti menarik seperti coretan graffiti, klinik gitar, sesi bual bicara dan gerai jualan ‘merchandise.’
Sebelum ini, sumbangan dan potensi masa depan dua vokalis ini mendapat pengiktirafan industri.
Aizat meraih Anugerah Juara Lagu 2009 (AJL24) menerusi lagu Pergi sementara Noh meraih Anugerah Komposer Muda Berpotensi 2010 MACP atau Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Berhad.
Apapun, di sebalik kesibukan Aizat menyiapkan rakaman untuk album baru dan Noh dengan persiapan perkahwinannya dengan pe�nyanyi ‘pop groove’, Mizz Nina pada 1 Julai depan, mereka sempat meluangkan masa hujung minggu menghadiri sesi fotografi di studio milik Aizat iaitu Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd di Ampang, Selangor, Ahad lalu.
Kata Aizat, konsert berkonsep ‘santai’ di venue terbuka memudahkan peminat dan orang awam yang meminati pelbagai genre muzik datang berhibur.
“Memang seronok kerana menjayakannya bersama rakan seperjuangan indie. Apa yang pasti, setiap antara kami pasti memberikan persembahan terbaik sepanjang lebih lima jam.
“Saya tidak dapat menjangka berapa ramai atau siapa akan datang, tetapi apa yang pasti, semua kumpulan pasti menyerlahkan gaya dan lagu terbaik ciptaan sendiri,” katanya yang popular dengan lagu Susun Silang Kata dan klip video Bebaskan Bumi Palestin bertajuk Erti Hari Ini.
Ditanya mengenai istilah ikon atau idola remaja dilabelkan kepadanya, Aizat atau Aizat Amdan, 22, mengakui kurang selesa dengan status itu.
“Bagi saya dua istilah ini hanya sesuai untuk junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. Bagi saya, lebih senang dengan gelaran penghibur tidak syok sendiri menghasil�kan lagu yang ada jiwa dan mesej untuk memberi motivasi kepada remaja,” katanya.
Kata Aizat lagi, konsert jaming secara tidak langsung memberi peluang kepada band baru berada bersama artis yang berjaya menerusi sokongan peminat tempatan.
“Saya tidak suka banyak kumpulan kita sering menerima gelaran ‘local act’ seolah-olah tiada potensi pergi lebih jauh. Saya harap gelaran ini tidak diberikan lagi kerana muzik kita sudah matang dan ada antaranya mendapat penghormatan di luar negara.
“Jika mentaliti ini terus ada dalam industri kita, sampai bila kita tidak akan maju. Kami sebagai artis tidak ada pembakar semangat jika terus dilabel sebegitu rupa.
“Untuk maju, kita perlu ada pendirian dan bijak berfikir kerana tiada artis mahu mencipta lagu buruk atau tidak sedap untuk pendengar.
“Bayangkan kita selalu agung�kan orang luar sedang�kan kita juga bagus, tetapi peluang terhad walaupun berbakat,” katanya.
Noh atau Noh Salleh mahu memberikan ‘show happening’ bersama Hujan pada persembahan itu kelak.
“Bukan saja beraksi bersama ramai rakan seangkatan label indie, paling penting setiap mereka ada muzik masing-masing. Setiap satu–nya tidak sama, ada bermain proto punk, ada alternatif rock dan britpop.
“Konsert ini menjadi petanda keakraban kami. Kumpulan seperti Awan Band, Gabba Gabba, Pesawat, Drama dan Grey Sky Morning berjuang dengan cara mereka sendiri.
“Apapun, ini bukan pertandingan siapa paling hebat kerana yang penting semua terhibur. Jika jamming mendapat sambutan, sesiapa saja akan bersema�ngat menjayakannya pada masa depan.
“Selagi peminat suka dan menghargai apa dilakukan, ini petanda bagus,” kata Noh.
Hujan yang ditubuhkan pada 2006 antara pelopor kumpulan muzik berdikari dengan label rekod sendiri, Morning Rocket.
Selain Noh, Hujan dibarisi AG (gitaris), Ambobzeela (dram), Hang Dimas (keyboard) dan Izzad (bass). Dimas berkata, konsert istimewa jamming bukan sekadar ‘showcase’ muzik kerana turut mengumpulkan bakat dan komuniti remaja.
“Selain aktiviti menarik, kami akan cuba memberikan kepuasan sambil berinteraksi bersama peminat lebih dekat dan mesra. Ini salah satu cara memperkukuh�kan semangat remaja, mengingat�kan mereka menjalani aktiviti sihat sambil membuka minda ke arah hidup ada tujuan,” katanya.
Sebelum ini, Aizat dan Hujan membuat persembahan Ekpresi Remaja di MSU, Shah Alam.
Lagu Lambat Layu Gabba Gabba adalah lagu tema Cita & Cinta TV9 serta promosi program di TV9 sementara lagu Drama pula digunakan bagi siri Juvana di TV3. Selain sesi jamming di Pavilion, TV9 akan menganjurkan konsert GIG pada 9 dan 10 Julai depan.
PROFIL
NAMA: Mohammad Noh Salleh
TARIKH LAHIR: 15 Mac 1985
UMUR: 26 tahun
TEMPAT LAHIR: Kuching, Sarawak
ADIK-BERADIK: Anak ketiga daripada empat beradik
INSTRUMEN: Vokal/Gitar
GENRE: Alternatif Rock/Indie Pop
KUMPULAN: Hujan
ANGGOTA: AG Coco (gitar), Ambobzeela (dram), Izzad (bass) dan Hang Dimas (keyboard)
EP/ALBUM:
PENCAPAIAN:
PROFIL
NAMA: Aizat Amdan
TARIKH LAHIR: 21 Februari 1989
UMUR: 22 tahun
TEMPAT LAHIR: Ampang, Selangor
ADIK-BERADIK: Anak kelima daripada enam beradik
INSTRUMEN: Gitar/Vokal/Piano
GENRE: Akustik/Alternatif/Rock
SINGLE: Sahabat, Hanya Kau Yang Mampu, Susun Silang Kata
ALBUM:
Percubaan Pertama (2008)
PENCAPAIAN:
1 comment:
HUJAN the BEST!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
#SANG ENEMY!!!!!!!!!!!!!!!!!!! \m/
Post a Comment