20 JUN 2011: Tengah Murai Batu melepak kat rumah member semalam, tiba-tiba ada sumber memberitahu bahawa bintang AF3, Marsha Milan Londoh telah pun melangsungkan perkahwinan pada pagi Ahad semalam di FRIM, Kuala Lumpur.
Apa lagi terkejut beruklah Murai Batu. Sebab, sebelum ini, MUrai Batu tak dengar pulak apa-apa berita daripada Marsha tentang perancangannya untuk berkahwin. Malah, takde pulak dia sibuk-sibuk buat persiapan kahwinnya. Tahu-tahu saja, dia dah berkahwin.
Persoalannya, dengan siapa Marsha berkahwin? Adakah dengan Mr Z? Sebabnya, sebelum ini, dia pernah digosipkan bercinta dengan lelaki Melayu tersebut.
Bukan setakat itu saja, baik Marsha mahu pun Mr Z, mereka sudah pun berjumpa dan mengenali keluarga masing-masing. Namun, kebanyakan peminat Marsha di Sabah tak suka Marsha berkahwin dengan lelaki Melayu tersebut. Sebab, mereka tak mahu Marsha menukar agama.
Apapun, bila Murai Batu tengok foto perkahwinan Marsha ni, rasanya lelaki yang berada dalam foto tersebut tak nampak macam Mr Z pun. Malah, dia tak nampak pun macam lelaki Melayu. Siapa sebenarnya lelaki itu?
Murai Batu ada cuba hubungi Marsha. Setakat ini, Marsha takd apat dihubungi lagi. Sebab, macam-macam yang Murai Batu nak tahu. Adakah ini betul-betul perkahwinan atau hanya sekadar sesi fotografi untuk majalah kahwin atau shooting untuk MTV lagu terbaru Marsha?
Hanya Marsha saja yang mengetahuinya....
MURAIBATU: Takziah buat keluarga Zami Ismail aka Pak Uda atas kematiannya pada pagi Ahad, semalam.
sumber : MURAI.COM.MY
2 comments:
siapa dgn dia?
dear marsha...jesus loves u
Post a Comment