Assalamualaikum w.b.t....
Alahai Jodoh, apa pendapat korang ttg jodoh...adakah perlu dicari, ditunggu @ just biarkan org yg berpengalaman tolong cari kan atau dlm erti kata, pilihan keluarga.
fuhhhhh...ntah mcm mana nak lalui hidup pada tahun2 berikutnya, mesti penuh dengan persoalan ttg jodoh memandangkan skng ni aku masih single. jodoh pertemuan di tangan Allah s.w.t..andai ditakdirkan jodoh awal maka awal lah jodoh itu...jika ditakdirkan lambat sedikit, maka lambat la iya...lagipun jodoh bukan boleh bawa main mcm zaman kita kecik2 dulu...sket2 nak main kahwin2...hahaha
jodoh/kahwin melibatkan hubungan antara lelaki & wanita (yelah takkan sebaliknya kot kan..hahaha...) yg kekal (Insya-Allah) seboleh-bolehnya hingga akhir hayat...kahwin bukan nya setakat setahun dua...ye tak....
maka dengan itu, adakah salah besar sekiranya kita memilih. apa pendapat korang pula ttg wanita skng kini lebih memilih tentang jodoh. memandangkan pada zaman skng ni ramai wanita2 di luar sana yg berkerjaya dan berjaya...memilih bukan atas dasar harta @ rupa...tetapi lebih kepada tanggungjawab yang perlu digalas sekiranya menjadi suami atau pemimpin dalam keluarga.
bukan mudah bagi sesetengah ibubapa yang sanggup melepaskan anak mereka pada orang lain...semestinya mereka mahukan yang terbaik bagi menjamin masa depan anak mereka.
Alahai jodoh, kadang2 terpikir juga kenapa kawan2 yang lain mendapat jodoh lebih awal dari aku...fikir punya fikir, Allah s.w.t ada agenda disebalik apa yg cuba Dia aturkan...cepat @ lambat tak penting...yang penting adalah ianya jodoh yang baik buat kita semua. insya-Allah....setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya..
"Allah s.w.t mencipta makhluk-Nya berpasang-pasangan.."...maka yakinlah bahawa pasangan anda berada di luar sana....:) ... yakinlah bahawa janji Allah s.w.t itu pasti....
apa2 pun TAHNIAH kepada kawan2 yang da bertemu JODOH.... :) semoga kekal hingga ke akhir hayat..
aminnnn....
copy pic ni kat blog *Teratak Pendidik*
2 comments:
Jodoh tu ada Tuhan dah siapkan, syaratnya kena usaha sikit..cri sendiri ke, parents carikan ke..
salam knel,..dya follower sini iyer..jemput singgah my blog ya..^^
Post a Comment