Assalamualaikum w.b.t....
arghhh...BISUL timbul di celah ketiak tetiba je, sakit ya amat...pelik jgk ye, aku ada masalah apa ek smpi mcm tu skali. sakit tak terhingga di kedua2 belah celah ketiak. 2thn lepas kena bisul kat kaki, sakit kat kaki pun da tahan ni kan plak kat celah ketiak...
nak kata tak jaga kebersihan mana...jaga juga...ada masalah darah ke???..ada sapa2 tahu tau??? da tak larat nak buat keja skng ni, nak angkat tangan tinggi lagi, lebih2 tyme nak tukar baju...hadoyaiiiiii
info kat bawah ni aku da baca, cara2 nak kurangkan sakit bisul serta cara2 merawat pun dah baca...apa kata korang plak yang baca, hehehe...sharing is caring...:)
--------------------------------------------------------------------------------------------
* bisul boleh tumbuh di mana-mana bahagian tubuh tetapi kerap muncul di bahagian muka, leher, KETIAK, punggung atau peha = kawasan tubuh yang menpunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel. Bisul boleh tumbuh dalam kelompok yang dikenali sbg KARBUNKET.
Apa itu KARBUNKET???
- satu kelompok bisul yang berlaku di bahagian belakang leher, bahu atau paha lebih lagi di kalangan lelaki dewasa.
- menyebabkan jangkitan yang lebih dalam dan teruk dari bisul tunggal
- berkembang dan sembuh dengan perlahan serta meninggalkan parut.
- pesakit boleh mengalami demam panas apabila karbunket berlaku.
* sesiapa yang mempunyai diabetes, sistem imun tertekan, akne jerawat atau masalah kulit lebih berisiko tinggi untuk menghidap BISUL.. Pesakit dinasihatkan tidak memicit atau memecahkannya kerana ia akan merebak dan berjangkit. Antibiotik atau pengaliran surgikal diperlukan untuk membuang atau mencegah jangkitan.
* Simptom-simptom BISUL
- ketulan merah dan bengkak berisi nanah yang menyakitkan
- membesar dan menjadi lebih sakit dalam masa 5 - 7 hari.
- bisul yang kronik boleh membesar hingga sebesar bola golf sebelum matanya pecah.
* Punca-punca BISUL
- berlaku apabila satu atau lebih daripada folokel rambut - injap berbentuk tiup dari mana rambut tumbuh dijangkiti bakteria stafilokokus aureus
- bakteria ini berada pada kulit dan kadangkala laluan kerongkong dan hidung yang bertanggungjawap untuk beberapa jenis penyakit serius termasuk jangkitan trek urinari dan infeksi endokartitis di lapisan jantung,
- punca jangkitan utama jangkitan penyakit yang didapati daripada hospital dan makanan.
- Bakteria stafiokokus yang menyebabkan bisul lazimnya masuk melalui luka, kesan cakaran atau pecahan pada kulit.
* pencegahan BISUL
- elak berpakaian ketat
- banyak makan buah-buahan, sayuran dan bijirin serta sejumlah kecil protin
- elak mkn makanan berlemak.
* TIPS penjagaan
- satu sudu garam ke satu suku gelen air mendidih dan sejukkannya pada suhu bilik. Tuamkan dengan kain yang direndam ke dalam air suam bergaram ke kawasan yang dijangkiti selama 30min.
- basuh bisil dua kali sehari
- sapu antibiotik yang boleh didapati di farmasi dan tutup kawasan berbisul untuk elakkan kuman.
- basuh tangan selepas membersihkan bisul.
- pakaian atau apa saja yang di pakai tidak boleh dikongsikan.
2 comments:
Dulu saya pun rajin berbisul, tapi selepas banyakkan makan sayur n buahan tambahan pula banyak minum air putih..sampai sekarg tak de bisul dah...
terima kasih dengan info nye...hehe...sayur & buah mmg saya suka mkn...cuma ralat sket nak minum air putih bebanyak...ntah nape...hehe..
Post a Comment