SAYA ingin meminta pandangan Dr mengenai cara terbaik membuang buku agama lama dan
cebisan ayat al-Quran yang dicetak daripada komputer.
Adakah dengan cara membakar dan bagaimana pula dengan abunya?
RADZI,
Selangor
& ini jawapan dari pihak yang lebih arif........
CARA terbaik adalah mengumpul bahan agama dan cebisan ayat al-Quran berkenaan dalam
satu tempat untuk dibakar. Bagi memastikan pembakaran secara sempurna, bahan itu bolehlah
dicarik menjadi helaian kecil dan barulah dibakar. Abunya bolehlah dihanyutkan ke sungai atau
laut. Ia juga boleh ditanam di tempat yang tidak di langkah manusia. Selain itu, ada juga usaha
syarikat tertentu mengumpul bahan agama untuk proses pelupusan seperti Pusat Pelupusan
Ayat Al-Quran Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang. Anda juga boleh menghubungi syarikat
itu bagi tujuan pelupusan bahan agama berkenaan.
credit t0...: myMETRO
No comments:
Post a Comment