Kalau seseorang gadis menyukai seseorang jejaka, dia akan sentiasa ‘muncul’ dalam kehidupan kamu. Tidak kiralah muncul secara fizikal atau dalam Internet. Sekiranya anda perasan gadis tersebut sering berada di tempat anda berada, besar kemungkinan ini bukan kebetulan. Setiap kali anda online melalui MSN atau Yahoo! Messenger dan si gadis menegur, ini bukan sekadar being polite! Dia sedang memasang jerat untuk memilikimu! Janganlah bangga diri pula dengan mengatakan dia stalker anda pula tetapi apabila seorang wanita suka kepada lelaki, secara automatik dia akan memastikan dirinya berada dalam jarak yang boleh dihubungi oleh si lelaki. Ada masa dia akan melirik kepada anda dengan harapan anda perasan tentang perasaan suka yang dia ada. Kalau berminat terhadap gadis ini, tunggu apa lagi? Ajaklah dia keluar makan atau mulakan komunikasi dengan dia!
2. Gerak badan
Tutur bicara boleh menipu, gerak badan sentiasa jujur terhadapmu. Seorang gadis yang sukakan anda akan memberi pelbagai signal gerak badan yang begitu jelas untuk anda tafsirkan. Antara gerak badan yang sering diguna wanita untuk memberitahu dia berminat ialah pandangan tajam ke arah anda apabila bercakap denganmu disulami dengan senyuman manja menggoda. Nada suara akan ada unsur-unsur manja dan lembut supaya hati kamu terpaut. Apabila bercakap denganmu, badannya akan menghala ke arah dirimu atau dekat denganmu dan bukan bertentangan atau menjauhkan diri. Ketika anda melihat dia, senyuman manis akan diberikan percuma, sentiasa. Apabila signal-signal gerak badan ini telah ada, besar kemungkinan dia sedang menyukai dirimu! Ambillah langkah seterusnya dengan mengenali dia dengan lebih dekat lagi jika anda juga berminat dengan dia.
3. Sentiasa available untukmu
Untuk kamu, dia tidak pernah sibuk. Ikut lazim insan yang sedang menyukai seseorang, dia akan sentiasa ada masa untuk dirimu. Cubalah minta tolong apa-apa dari dia, mesti dia akan cuba sedaya upaya kerana dia sukakan kamu. Kalau anda ajak dia keluar, tidak mungkin dia tolak. Kalau anda tegur dia menerusi chat, mesti dia akan balas dan begitu bersungguh untuk berbual denganmu. Tidak mungkin bila anda ajak keluar makan dia akan kata, “Busylah malam ni” atau “Tak bolehlah, malam ni makan dengan kawanlah.” Apa pun temujanji yang ada akan dibatalkan serta merta untuk kamu atau dia akan menunda pada satu tarikh yang jelas sebagai contoh “Malam ni makan dengan kawan. Malam esok boleh.” Kalau dia sentiasa berdolak-dalih, jelas-jelas dia tidak berminat kepada anda. Signalnya adalah semudah itu.
4. Bertanya banyak soalan & wujud unsur cemburu
Kalau hati sudah suka, mestilah nak tahu lebih lanjut lagi cerita tentang dirimu. Jadi bila ada kesempatan, bermacam soalan yang akan dia tanya tentang kamu. Daripada perihal keluarga, kepada cerita tentang kerja, kemudian persoalan peribadi, semuanya dia nak ambil tahu. Sekiranya dia mula bertanya macam-macam tentang dirimu dan dalam perbualan itu dia selitkan gerak badan seperti senyuman malu kucing atau renungan tajam ke matamu, hatinya sudah sedia untuk kamu miliki. Jangan cerita tentang hubunganmu yang telah lalu kerana si dia akan berasa cemburu kerana hatinya sudah mula menyukai kamu. Apabila kamu berbicara dengan wanita lain, perhatikan tingkahlakunya. Sekiranya anda boleh sense rasa cemburu, positif sekali hatinya sedang menyukaimu!
5. Dia tidak lupa hari pentingmu
Apabila tiba hari lahirmu, dia akan menjadi antara yang pertama memberi ucapan selamat atau dia akan menjadi orang yang organise sambutan hari jadimu itu. Tentu sekali anda akan mendapat hadiah daripadanya atau mungkin dia akan belanja makan. Kesimpulannya, si gadis akan ingat tarikh penting anda. Ini kerana dalam hatinya dia sudah dipanah asmara dengan kamu, cuma kamu saja belum menyedarinya. Oleh kerana dia sudah suka, perbuatannya akan menunjukkan perasaan. Perhatikan siapa yang memberi perhatian lebih kepada kamu apabila tibanya tarikh-tarikh penting dalam hidupmu atau adanya sambutan seperti hari raya atau sebagainya.
Wanita jarang berterus-terang, jadi lelaki perlu peka dengan signal-signal yang dikeluarkan kaum Hawa. Jangan sangka wanita tidak mengatur langkah untuk memikat lelaki yang diminati kerana berbanding lelaki, wanita lebih jelas menyampaikan perasaannya melalui perbuatan. Jangan buat-buat tidak perasan dengan signal yang kamu terima kerana bila dia sudah banyak kali hantar signal tetapi tidak ada tindakbalas, takut dia akan beralih target pula nanti
n0ta kaki : ntah ya ntah tak ni...........
p/s : aku cuma c0py & paste je inf0 kat 1 web..hikhikhik....
5 comments:
berterus terang is better..:-)
tp xsemua mampu lakukan itu...hehe...:P
ehee.. btul gak semua ni.. >.<"
Shaherah : ada yg mengena ek..hehehe...
emmm... bnyk yg boleh dkatakan btul...
Post a Comment