KUALA LUMPUR 17 Mei – Lima hari selepas penyanyi yang popular dengan lagu Penawar Rindu, Datin Orkid Abdullah meninggal dunia, suaminya Datuk Mokhtar Omar pula menyusul.
Allahyarham Mokhtar, 70, menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira pukul 6.15 pagi ini di Hospital Ampang, Cheras.
Allahyarham dimasukkan ke hospital tersebut sejak lebih 4 Mei lalu kerana jangkitan kuman di paru-paru.
Jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Keramat, dekat sini sebelum waktu Zohor. - Utusan
1 comment:
al fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat...
Post a Comment