GAMBAR menunjukkan wajah Sumiati selepas mulutnya digunting oleh majikannya di Madinah.
MADINAH – Tahap kesihatan seorang amah Indonesia, Sumiati Salan Mustapa,
MADINAH – Tahap kesihatan seorang amah Indonesia, Sumiati Salan Mustapa,
berusia 23, yang bibirnya digunting oleh isteri majikannya pada 8 November
lalu di Madinah, Arab Saudi semakin pulih, lapor sebuah akhbar semalam.
Pendedahan itu dibuat ketika Menteri Hal Ehwal Wanita Indonesia, Linda Agum
Gumelar akan mengetuai sepasukan pegawai untuk memantau siasatan kes
tersebut di Arab Saudi hari ini.
Pegawai dari Konsulat Indonesia di Jeddah, Didi Wahyudi menyatakan pemulihan
Sumaiti adalah mengagumkan.
Sumiati yang dimasukkan ke sebuah hospital di Madinah pada 8 November lalu
juga didapati sudah berhenti menangis dan mula bercakap.
“Sumiati semakin pulih dari segi fizikal dan mental. Selera makannya sudah ada.
Ketika saya melawatnya, dia meminta nasi dan bakso. Ekoran restoran Indonesia
di Arab Saudi ditutup kerana cuti, kami di konsulat membuat bakso untuknya,” kata
Didi.
Pihak hospital tidak menyediakan roti kerana bimbang makanan itu akan
mengingatkan Sumiati terhadap penderaan yang dialaminya.
Selepas didera, majikannya memberinya sekeping roti dan air.
Sumiati mengalami kecederaan serius terutama di bahagian muka dan bibirnya
yang dipercayai digunting, jari tengahnya retak, badannya mempunyai kesan
dibakar selain banyak kecederaan dalaman.
Wahyudi menyatakan, laporan telah dibuat di balai Polis Faisaliah pada
10 November lalu berhubung kejadian itu.
Menurutnya, majikan Sumiati dan seorang anak lelaknya telah ditahan untuk
disoal siasat. “Mereka ditahan di Madinah kerana disyaki terbabit melakukan
penyeksaan terhadap Sumiati,” katanya. Menurut Didi, mereka ditahan selepas
aduan rasmi dibuat oleh Kedutaan Besar Indonesia selain laporan hasil pemeriksaan
doktor dan siasatan polis Arab Saudi berhubung keadaan mangsa. - Agensi
n0te : besar sangat ka salah nya sampai mulut pun kena gunting.....tak patut betul la...
p/s : janganlah bertindak kejam sesama manusia....
:::kredit t0 CARI:::
No comments:
Post a Comment