dibelasah menantunya dalam satu pertengkaran di rumahnya di
Jalan Bendahara 3, Bandar Tenggara di sini semalam, meninggal
dunia awal pagi ini.
Mangsa yang berusia 52 tahun meninggal dunia semasa menerima
rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, pukul
5.20 pagi.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Osman Mohamad Sebot berkata,
kejadian berlaku pada pukul 2.40 petang mengakibatkan mangsa
cedera di dada dan kepala.
Beliau berkata, motif pembunuhan masih dalam siasatan dan kes
disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Katanya, menantu mangsa yang berusia 23 tahun tidak mempunyai
pekerjaan tetap dan berasal dari Kampung Pangkalan Batu Mersing di sini.
- Bernama
No comments:
Post a Comment