kemaluan 3 gadis diraba serentak.
KUALA LUMPUR: Tiga remaja belasan tahun yang juga penghuni sebuah pusat jagaan di Jalan Klang Lama, di sini, mendakwa pernah dicabul seorang sukarelawan yang dikatakan sengaja bertindak melondehkan seluar selain memegang kemaluanmereka. Remaja terbabit yang enggan namanya didedahkan mendakwa dia bersama dua rakan lain berusia 14 dan 15 tahun pernah dicabul sukarelawan lelaki berusia 50-an terbabit yang kerap datang ke pusat itu. Mangsa yang berusia 17 tahun berkata, pengalaman memalukan itu berlaku pada Jun lalu ketika dia dan rakan lain sedang tidur di pusat jagaan berkenaan selepas bermain komputer di ruang tamu. “Ketika sedang tidur, lelaki terbabit tiba-tiba masuk ke dalam bilik sebelum sengaja menarik seluar kami. Dia kemudian menyentuh kemaluan kami. “Bagaimanapun kami sangat takut dan berpura-pura tidur kerana bimbang sesuatu tidak baik berlaku. Dia akhirnya beredar pergi dengan meninggalkan kami begitu sahaja,” katanya ketika ditemui semalam. Menurutnya, sejak kejadian memalukan itu, dia dan rakan lain hilang rasa hormat terhadap lelaki berkenaan yang sebelum ini dianggap seperti pak cik mereka. Sementara itu, sukarelawan yang dituduh mencabul terbabit sudah dipanggil polis untuk diambil keterangan selepas dipercayai ada kaitan dengan laporan kes cabul terhadap 10 kanak- kanak sebuah pusat jagaan di Jalan Klang Lama di sini. Suspek hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) petang semalam sebelum diambil keterangan lebih sejam oleh pegawai penyiasat. p/s : mcm mana nak percaya 0rg kal0 cam ni...... :::kredit t0 cari.c0m.my again::: |
No comments:
Post a Comment