"Setiap Manusia Tetap Memerlukan Seseorang Disisinya...Tiada Siapa Yang Mampu Meneruskan Hidup Tanpa Seseorang Disisinya".... "Hanya Berkata Bila Perlu....." ..."Nice To See Nice To Hold...Once Broken Considered Sold"...
w00t-w00tttttttt.....
kamu lebih dari f0ll0wers - kamu adalah SAHABATKU-
Pages
Friday, December 31, 2010
s0ry guys.....
good bye 2010....welc0me 2011..
Thursday, December 30, 2010
AGAIN by BRUNO MARS.....ILI...
Hands over my head thinking 'what else could go wrong?'
Would've stayed in bed, how can a day be so long?
Never believed that things happen for a reason
But how this turned out, you moved all my doubts, oh believe
That for you I'll do it all over again
Do it all over again
All I went through, led me to you
So I'd do it all over again
For you
I missed the first train, stood out in the rain, all day
Little did I know
When I caught the next train, there you were to sweep me away
Guess that's what I've waited for
Never believed that things happened for a reason
But how this turned out, you moved all my doubts, So believe
That for you I'd do it all over again
Do it all over again
All I went through, led me to you
So I'd do it all over again
(Ohh) Who ever thought a day gone so wrong, would turn out so lovely?
I'm so glad I found you
Even though the day went so wrong, I wouldn't change a thing
mak aku tanya......bila nak kahwin,,
S0ALAN CEPU CEMAS YANG AKU TERIMA DUA HARI
SEBELUM MASUK TAHUN 2011.........
MY M0M : NIE....NAK MASUK 2011......K0 BILA LAGI...
AKU : ALAAAA......NNT LAH MAK.......TENGAH CARI LAH NI....
MY M0M : K0 NAK TUNGGU MAK DAH TAK DE BARU NAK KAHWIN...
AKU : GULLPPPP..........:(
ALAMAKKKK......MANA AKU NAK CARI CAL0N NI....HUHUHUHU.....!!!!!
N0TE : HANYA MELEPASKAN RESAH TTG SOALAN MAK AKU JE...
KHAIRUL FAHMI da berpunya.....sabar je la...hahaha...
Nada Riedl masih sombong walau Garuda tumbang
JAKARTA - Walaupun sudah terlepas gelaran juara Piala Suzuki AFF,
nada jurulatih Indonesia, Alfred Riedl seolah-olah enggan menerima
kekalahan dengan menganggap skuad yang lebih baik sebenarnya tewas
di perlawanan akhir.
Sambil mengucapkan tahniah ke atas kejayaan Malaysia muncul sebagai
juara baru, jurulatih berbangsa Austria itu berkata skuad Indonesia
sebenarnya membayar harga yang mahal selepas melepaskan tiga gol
dalam masa 15 minit ketika bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil.
''Tahniah buat Malaysia kerana muncul juara tetapi pasukan yang lebih
baik sebenarnya tewas pada hari ini.
''Kita bermain begitu luar biasa pada malam ini biarpun menyedari
ketinggalan tiga gol namun pada separuh masa pertama, banyak
peluang keemasan kita terlepas walaupun menguasai permainan
terutamanya pada 15 minit perlawanan.
''Malah selepas Malaysia mendahului gol pertama, semangat pemain
saya tidak luntur dan cuba bangkit, saya harus ucapkan tahniah kepada
mereka," katanya pada sidang media.
Dia juga enggan bercakap mengenai sepakan penalti yang gagal
disempurnakan oleh Firman Utina kerana baginya insiden itu tidak
memberikan kesan buat pasukannya.
''Saya tidak mahu mengulas soal itu, perkara-perkara sebegini biarkan
sahaja berlalu dan saya enggan berkata apa-apa sama ada ia boleh
membantu kita menang menjaringkan lebih banyak gol atau tidak,"
ujarnya.
Sementara itu, penyerang Indonesia, Bambang Pamungkas mengucapkan
tahniah kepada Malaysia yang disifatkannya beraksi dengan penuh
bersemangat.
''Saya ucapkan tahniah buat pasukan Malaysia dan rakan-rakan saya,
kerana telah berjaya menjuarai pertandingan AFF kali ini.
''Buat kami, skuad ini telah bermain dengan sebaik mungkin pada
perlawanan akhir kedua tetapi itulah bola sepak, kita tidak sedikit
beruntung kerana gagal menterjemahkan peluang ke bentuk gol.
''Kami menang di sini namun kejuaraan tetap milik Malaysia, tahniah
buat mereka," katanya. - Utusan
n0te : kalah buat cara kalah....kalau tak kira agregat pun....secara automatik MALAYSIA menang....
Rio Ferdinand puji Malaysia
KUALA LUMPUR - Kehebatan pasukan Harimau Malaya bukan sahaja
mendapat pujian daripada pemimpin dan rakyat tempatan, malah ia
turut medapat perhatian bintang Manchester United, Rio Ferdinand.
Dalam akaun laman Twitter milik pemain pertahanan kelab Red Devils
itu, Ferdinand memuji permainan anak buah K. Rajagobal selain turut
mengucapkan tahniah di atas kejayaan mereka bergelar juara
Piala Suzuki AFF.
"Tahniah kepada pasukan Malaysia yang baru sahaja menumpaskan
Indonesia pada perlawanan akhir Piala Suzuki AFF.
"Saya pernah bertemu dengan pasukan bawah 23 tahun Malaysia,
18 bulan lalu dan mereka terbukti merupakan sebuah pasukan yang
mempunyai masa depan cerah," katanya dalam Twitter miliknya, semalam.
Ferdinand merupakan kapten pasukan Manchester United ketika pasukan
itu mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Harimau Muda,
dua tahun lalu.
p/s : RIO tu puji skuad HARIMAU MALAYA......caya la.......
n0te : kredit to UTUSAN
Badi 14 tahun berakhir
JAKARTA – Sejarah tercipta di bumi Stadium Gelora Bung Karno, buat
pertama kali dalam sejarah penganjuran Piala Suzuki AFF 2010 apabila
Malaysia menjadi juara walaupun tewas 1-2 kepada Indonesia dalam
perlawanan akhir kedua untuk meraih kemenangan melalui agregat
4-2, semalam.
Bertambah manis anak didik K. Rajagobal berjaya melakukannya di hadapan
95,000 penyokong fanatik Indonesia yang terpaksa menelan kepahitan
bahawa Malaysia lebih berhak merangkul kejuaraan edisi kelapan
Piala Suzuki.
Ternyata bekalan 3-0 yang dibawa dari Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad
lalu cukup membantu kerana gol di tempat lawan yang dijaringkan oleh
Safee Sali menjadi faktor penting mematahkan api perjuangan Indonesia
yang mahu mencipta jaringan pendahuluan.
Bukan sekadar itu, penyerang negara, Safee Sali dinobatkan selaku penjaring
terbanyak kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 dengan lima gol mengatasi
pesaing terdekat, Cristian Gonzales.
Gol tunggal Malaysia dalam perlawanan ini diilhamkan daripada gerakan
pantas Mohd. Ashari Samsudin ketika Indonesia rancak menyerang dan
pemain Terengganu itu melakukan hantaran jauh yang disambut dengan
baik oleh Safee Sali.
Safee dengan tenang mengawal bola sebelum mendapat posisi terbaik
melepaskan rembatan kencang melalui kaki kiri menewaskan Markus
Harison untuk memberikan gol penting di tempat lawan.
Biarpun Indonesia dengan mendapatkan dua jaringan pada minit ke-71
melalui Mohamad Nasuha dan Muhammad Ridwan pada minit ke-87, ia
sudah terlewat buat skuad Garuda bangkit mengatasi Malaysia yang
menang dengan kelebihan agregat 4-2.
Penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat wajar diberikan pujian
menggunung kerana beraksi cemerlang menghalang hajat Indonesia
memburu gol yang lebih besar termasuk menyelamatkan sepakan penalti
pada minit ke-18 yang diambil oleh Firma Utina.
Walaupun pertahanan negara yang dikemudi oleh Mohd. Muslim Ahmad
dan Mohd. Fadhli Shas bocor sebanyak dua kali, ketenangan dan kesungguhan
semangat juang pemain Malaysia bertahan jelas menjadi kunci utama kejayaan
bersejarah Malaysia.
Apa yang penting, kejayaan merangkul Piala Suzuki AFF akan menutup mulut
media dan peminat Indonesia yang tidak henti-henti melancarkan provokasi
semenjak hari pertama skuad Malaysia tiba di Jakarta.
Malahan, sebelum perlawanan, mental pemain Malaysia didera habis-habisan
oleh penyokong tuan rumah yang menyebut perkataan Maling! Maling! dan
membuat bising semasa lagu kebangsaan Malaysia dimainkan.
Bertambah pahit buat pihak Indonesia, ini merupakan kegagalan kali keempat
buat Indonesia selepas empat kali mencuba di pentas final.
Selain membawa pulang trofi AFF, Malaysia meraih wang tunai sebanyak
A$$100,000 sementara Indonesia mendapat A$$ 50,000.
Pemain terbaik kejohanan Piala Suzuki AFF dirangkul kapten Indonesia,
Firman Utina. – Utusan
______________________________________________________________
| ||
n0te : kredit to UTUSAN |
CUTI UMUM....yehaaaa....!!!!!
Kuala Lumpur Dis. 29 - Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan
Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan
kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan
menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.
terima kasih....PM.....
terima kasih skuad HARIMAU MALAYA.......
pr0ud t0 be malaysia.......
Wednesday, December 29, 2010
Muhyiddin Ucap Tahniah Kepada Pasukan Harimau Malaya
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin mengucapkan tahniah di atas kejayaan skuad Harimau
Malaya yang melakar sejarah menjuarai Piala Suzuki AFF 2010,
selepas menundukkan Indonesia dengan agregat 4-2.
Beliau berkata kejayaan malam ini merupakan satu pencapaian
yang lebih manis bagi pasukan bola sepak negara selepas 14
tahun menunggu untuk muncul sebagai negara keempat
merebut kejuaraan itu selepas Thailand, Singapura dan Vietnam.
"Kejayaan ini membuktikan bahawa tiada yang mustahil
sekiranya kita benar-benar idamkan kemenangan. Segala
usaha, penat lelah dan pengorbanan setiap pemain, jurulatih
dan pegawai pasukan jelas terhasil dengan kejayaan ini.
"Tentunya pelbagai perasaan melanda setiap rakyat Malaysia –
megah, terharu dan paling utama, semua merasa bersyukur
kerana kejayaan ini memperlihatkan kesungguhan mereka
yang terbabit, terutamanya para pemain dan jurulatih
K.Rajagobal bagi mendapatkan kejuaraan," katanya dalam
satu kenyataan media, pada Rabu.
Muhyiddin berharap kemenangan itu tidak akan melekakan
pemain, jurulatih dan pegawai skuad kebangsaan kerana
persaingan tentu akan menjadi lebih sengit pada masa akan
datang.
"Saya ingin menggesa para pemain untuk terus mengekalkan
prestasi sekaligus meningkatkan kecemerlangan yang dicapai
agar Malaysia terus gah di persada antarabangsa.
"Saya berharap lebih banyak kejayaan akan direkodkan pada
masa hadapan dan pada masa yang sama, mendoakan agar
mutu sukan bola sepak Malaysia kembali dihormati dan
digeruni, bukan sahaja di Asia Tenggara, malah di seluruh
dunia," katanya.
Muhyiddin turut mengucapkan terima kasih dan tahniah
kepada penyokong yang telah memberi galakan serta dorongan
tidak berbelah bahagi terhadap skuad kebangsaan.
Beliau berkata aspirasi inilah yang diperlukan untuk terus
membakar semangat wira bola sepak negara bagi mengecapi
kemenangan berikutnya.
"Penghargaan juga ditujukan kepada Sultan Pahang Sultan
Ahmad Shah yang telah berjaya menerajui bola sepak Malaysia
dan usaha-usaha selama ini sehingga berjaya mengecapi
kejayaan ini," katanya. -BERNAMA
__________________________________________________
200 penyokong Malaysia menonton dalam protes dari kedutaan
Piala AFF Suzuki Akhirnya MILIK KAMI...>>>MALAYSIA |
Anugerah Penjaring Terbanyak - Safee Sali |
US$ 100,000.000 |
kekecewaan yg jelas terpancar... |
relax ya pak... n0te 1 : ihsan berita dr BERNAMA...... n0te 2 : f0t02 ini kredit t0.. >..SINI..< |
YAH000000000000000000....!!!
Rajagobal kena hina
SKUAD kebangsaan terus tidak tenang apabila diganggu
penyokong fanatik Indonesia ketika sesi latihan terakhir
berhampiran hotel penginapan, semalam.
Kira-kira 20 penyokong Indonesia dilihat menjerit ke arah
pemain kebangsaan yang menjalani latihan ringan selama
satu jam.
Malah mereka membentangkan kain rentang seperti
'Laser No...Football Yes' (Laser Tidak...Bola Sepak Ya) dan
'Raja Gombal pasti hancur'. Gombal membawa maksud kain
yang digunakan untuk mengelap kekotoran.
Gangguan itu menyebabkan Rajagobal tidak dapat mencuba
keupayaan pemain dan membuat latihan taktikal bagi berdepan
Indonesia, malam ini.
Terdahulu skuad kebangsaan terpaksa mengubah lokasi latihan
yang disediakan pihak penganjur iaitu padang ABC Senayan
yang berhampiran dengan stadium kerana bimbang terhadap
keselamatan pemain berikutan kehadiran kira-kira 40,000
penyokong Indonesia yang sedang berasak-asak mendapatkan
tiket asli sejak awal pagi.
Mereka kemudiannya dicadangkan untuk menjalani latihan
di Stadium Lebak Bulus yang terletak di Jakarta Selatan dan
mengambil masa kira-kira dua jam perjalanan kerana
kesesakan lalu lintas walaupun hanya terletak kira-kira
15 kilometer dari hotel penginapan pasukan.
Namun usaha itu juga gagal apabila skuad kebangsaan
tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, sekali gus memaksa
Rajagobal mengatur latihan ringan berhampiran hotel
penginapan yang turut dikawal tiga pengawal keselamatan.
Latihan rasmi kedua-dua pasukan itu tidak dapat dilakukan
di c kerana stadium itu masih dalam proses
membaik pulih padang.