JAKARTA - Walaupun sudah terlepas gelaran juara Piala Suzuki AFF,
nada jurulatih Indonesia, Alfred Riedl seolah-olah enggan menerima
kekalahan dengan menganggap skuad yang lebih baik sebenarnya tewas
di perlawanan akhir.
Sambil mengucapkan tahniah ke atas kejayaan Malaysia muncul sebagai
juara baru, jurulatih berbangsa Austria itu berkata skuad Indonesia
sebenarnya membayar harga yang mahal selepas melepaskan tiga gol
dalam masa 15 minit ketika bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil.
''Tahniah buat Malaysia kerana muncul juara tetapi pasukan yang lebih
baik sebenarnya tewas pada hari ini.
''Kita bermain begitu luar biasa pada malam ini biarpun menyedari
ketinggalan tiga gol namun pada separuh masa pertama, banyak
peluang keemasan kita terlepas walaupun menguasai permainan
terutamanya pada 15 minit perlawanan.
''Malah selepas Malaysia mendahului gol pertama, semangat pemain
saya tidak luntur dan cuba bangkit, saya harus ucapkan tahniah kepada
mereka," katanya pada sidang media.
Dia juga enggan bercakap mengenai sepakan penalti yang gagal
disempurnakan oleh Firman Utina kerana baginya insiden itu tidak
memberikan kesan buat pasukannya.
''Saya tidak mahu mengulas soal itu, perkara-perkara sebegini biarkan
sahaja berlalu dan saya enggan berkata apa-apa sama ada ia boleh
membantu kita menang menjaringkan lebih banyak gol atau tidak,"
ujarnya.
Sementara itu, penyerang Indonesia, Bambang Pamungkas mengucapkan
tahniah kepada Malaysia yang disifatkannya beraksi dengan penuh
bersemangat.
''Saya ucapkan tahniah buat pasukan Malaysia dan rakan-rakan saya,
kerana telah berjaya menjuarai pertandingan AFF kali ini.
''Buat kami, skuad ini telah bermain dengan sebaik mungkin pada
perlawanan akhir kedua tetapi itulah bola sepak, kita tidak sedikit
beruntung kerana gagal menterjemahkan peluang ke bentuk gol.
''Kami menang di sini namun kejuaraan tetap milik Malaysia, tahniah
buat mereka," katanya. - Utusan
n0te : kalah buat cara kalah....kalau tak kira agregat pun....secara automatik MALAYSIA menang....
No comments:
Post a Comment