NEW YORK 26 Dis. - Apple mengambil alih tempat Microsoft
sebagai syarikat teknologi paling berharga di dunia pada tahun
ini apabila pengasas bersamanya, Steve Jobs berada di kemuncak
dengan penghasilan komputer tablet iPad dan iPhone terbaru.
Akhbar perniagaan Britain, Financial Times (FT) minggu lalu
menamakan Jobs sebagai Individu Sepanjang Tahun bagi akhbar
itu.
Malah Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama turut
sama memuji Ketua Pegawai Eksekutif Apple berusia 55 tahun
itu.
Penampilan Jobs di sebuah pentas di San Francisco untuk
memperkenalkan iPad pada Januari lalu menandakan apa yang
digelar FT sebagai 'kemunculan semula paling luar biasa dalam
sejarah perniagaan moden'.
"Ia bukan semata-mata mengenai soal penyakit yang membelenggu
-nya selama setengah tahun sebelum ini sehingga menyebabkan
dia sangat kurus dan memerlukan pemindahan hati.
"Lebih sedekad sebelum ini, ramai menganggap kerjaya Jobs
dan syarikat Apple yang diasaskannya bersama terumbang-ambing
dan kaitan mereka dengan teknologi masa depan akan terhapus,"
kata akhbar itu.
Obama pada satu sidang media di White House pada Rabu lalu
mengangkat Jobs sebagai satu contoh bagi 'pasaran bebas'.
"Kami meraikan seseorang seperti Jobs yang mencipta dua atau
tiga revolusi produk yang berbeza.
"Kami menjangka orang itu menjadi kaya dan ia adalah perkara
yang baik," kata Obama.
iPad mula dijual di AS pada April lalu dan Apple melaporkan lebih
lapan juta gajet itu terjual pada hujung September lalu, yang
disifatkan FT sebagai menawarkan satu imbasan kepada sebuah
dunia tanpa tetikus komputer atau Windows. - AFP
:::kredit t0 UTUSAN MALAYSIA:::
No comments:
Post a Comment