w00t-w00tttttttt.....

kamu lebih dari f0ll0wers - kamu adalah SAHABATKU-

Monday, December 27, 2010

Fakta: Borobudur dibina oleh Raja2 Melayu Sailendra


Topik ini berjudul:
Fakta: Borobudur dibina oleh Raja2 Melayu Sailendra

Penulis: Sailendra

Info: Apa yang ditulis dalam topik ini adalah berdasarkan fakta2 sejarah
yang berlandaskan penemuan2 arkeologi dan rekod2 sejarah pada
prasasti2 di Indonesia dan kesimpulan2 yang dibuat oleh sejarawan2.





Pengenalan

Tahukah anda bahawa candi Borobudur telah diarahkan dan dibina oleh raja2
dari wangsa (dinasti) Sailendrayang bertapak di Jawa Tengah?

Untuk pengetahuan anda, pembinaan Borobudur telah diarahkan, dimulakan
dan dibangunkan oleh wangsa Sailendra pada abad ke-8 M hingga 9 M. Mereka
dipercayai berasal dari keluarga raja2 Sriwijaya yang bertapak di Sumatera.
Kerajaan (kedatuan) Sriwijaya juga ialah kerajaan yang berbahasa Melayu Kuno,
sama seperti kerajaan Malayu. Ini berdasarkan bukti2 dan penemuan2 arkeologi
dan rekod-rekod sejarah pada batu2 bersurat seperti Prasasti Kedukan Bukit,
Prasasti Sojomerto, dll.

Terdapat beberapa teori mengatakan kononnya Sailendra berasal dari India
atau Funan (Kemboja), namun kedua-duanya telah lemah dan goyah teori2
itu selepas beberapa bukti2 tempatan yang menunjukkan bahawa raja2
Sailendra adalah raja2 yang bertapak di Jawa Tengah yang berasal daripada
leluhur yang sama dengan raja2 Sriwijaya di Sumatera. Namun begitu,
Sailendra yang turut pernah menakluk/menguasai kerajaan Sriwijaya telah
pernah melebarkan pengaruh2nya ke India dan Funan -- Sailendra pernah
menakluk Funan selama 12 tahun.

Kronologi pembinaan Candi Borobudur oleh Raja2 (berbahasa Melayu)
Sailendra:
  • (775 M -782 M), raja dari wangsa Sailendra, bernama Raja Vishnu mula membina candi Borobudur.
  • (812 M - 833 M), raja Sailendra bernama Samaratungga, cucu kepada Raja Vishnu berjaya menyiapkan candi Borobudur.
P/s: Borobudur merupakan candi atau monumen agama Buddha di atas sebuah
gunung berapi yang terletak antara Magelang dengan Yogyakarta. Di atas
Borobudur terdapat stupa-stupa atau binaan pemujaan bagi penganut2
agama Buddha berdoa dan mencari restu.

Ringkasan Sejarah Sailendra:
Menurut beberapa sejarawan Indonesia, keluarga Ĺšailendra berasal dari
Sumatera yang berpindah ke Jawa Tengah setelah Sriwijaya melakukan
peluasan (penaklukan) ke atasJawa pada abad ke-7 Masihi dengan menyerang
kerajaan Tarumanagara dan Ho-ling di Jawa.

Serangan Sriwijaya terhadap Jawa berdasarkan Prasasti Kota Kapur yang
merekod peluasan ke atas Bumi Jawa yang enggan berbakti kepada Sriwijaya.

Pernyataan bahawa wangsa Sailendra berasal daripada leluhur (nenek
moyang) kerajaan Sriwijaya (di Sumatera) dibuktikan berdasarkan
penemuan gelar "Dapunta" pada nama leluhurnya iaitu "Dapunta Selendra"
(Selendra ialah sebutan dalam bahasa Melayu Kuno untuk Sailendra) pada
"Prasasti Sojomerto", di Jawa Tengah
--diperkirakan bertarikh kira2 dlm. abad ke-7 M.

Gelar "Dapunta" ini terlebih dulu turut ditemui pada "Prasasti Kedukan
Bukit", Sumatera Selatan yang tertulis "Dapunta Hyang" -- bertarikh
16 June 682 M. Ini telah memberikan "perkaitan" erat antara wangsa Sailendra
yang memerintah Kerajaan Mataram Kuno (juga dikenali dgn nama Kerajaan
Sailendra) dengan Sriwijaya.

Tambahan, kedua-dua Prasasti Sojomerto dan Prasasti Kedukan Bukit
merupakan prasasti yang diukir dalam bahasa Melayu Kuno. Malah,
hampir kesemua prasasti yang ditemui di Jawa Tengah (milik Sailendra)
adalah dalam bahasa Melayu Kuno.

Rujukan, sila lihat prasasti2 berikut:
--Prasasti Kedukan Bukit, Palembang, Sumatra Selatan, 16 June 682 M.
--Prasasti Sojomerto, Desa Sojomerto, Kecamatan Reban, Batang, Jawa
Tengah, kira2 abad ke-7 M.

:::kredit to CARI:::


1 comment:

Nur Liyana said...

oOo.. sejarah ni.. :))

nak view apa ek??...just click je..:)

Piala AFF (4) jodoh (4) Harimau Malaya (3) 2013 (2) BENASHAARI.COM (2) MAKDARA (2) Najwa Latif (2) REMAJA (2) Rajagobal (2) doa (2) info kesihatan (2) kahwin (2) lelaki (2) mercun (2) perempuan (2) rusuk (2) #doautkMH370 (1) #prayforMH370 (1) 1Malaysia (1) 2012 (1) A Thousand Years (1) AFF SUZUKI (1) ASK (1) AirAsia (1) Al-Fatihah (1) Alfred Riedl (1) Apollo Medical Team (1) BADMINTON (1) BEN ASHAARI (1) BERAS (1) BLACK ft. MALIQUE (1) BURAS (1) Bambang Pamungkas (1) Bernama (1) Borobudur (1) Boyfriend (1) Brain (1) Bruno Mars (1) Bugis (1) CUEPACS (1) Celcom (1) DIET (1) Datuk Hj Juhar Hj Mahiruddin (1) Datuk Seri Dr. Rais Yatim (1) Dejavu (1) Digi (1) FKAT (1) FPI (1) Fakta (1) Firman Utima (1) GAMBIT SAIFULLAH (1) Garuda (1) Haid (1) Happy Fathers Day (1) Happy New Year (1) Homisid (1) ILKA (1) IPTA (1) JUPE (1) Jakarta (1) Jawa Tengah (1) Justin Bieber (1) KARANGKRAF (1) Kinabalu (1) Kristen Stewart (1) Lanun (1) Lulu-Pages (1) MAN KIDAL (1) MARAH (1) MM RAZIF (1) MOJO (1) Maal Hijrah (1) Mackenzie Foy (1) Marion Counter (1) Maxis (1) Microsoft (1) Moshe Dayan (1) NAZA (1) NSAID (1) Nazim Othman (1) Nikah (1) Osman Kering (1) PhD (1) Platonic Love (1) RAYA (1) REMEMBER YOU (1) Robert Pattinson (1) SEAN KINGSTON (1) SHERVINTON EXECUTIE BOUTIQUE HOTEL (1) SITI NURHALIZA (1) SM Nasarudin (1) SSFC (1) Safee Sali (1) Sailendra (1) Sinar Harian (1) Sleeq (1) Surface (1) T-Shirt KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (1) TEVT (1) TV3 (1) Tabung Ahmad Sufi (1) Tawau (1) Teman Pengganti (1) Ultra Malaya (1) VOTE (1) adele (1) aepul drama (1) aidil zafuan (1) alviss kong (1) ariel sharon (1) awek (1) azam (1) baidu.com (1) bank darah (1) berat (1) berkat (1) bogel (1) bulan rejab (1) bunuh diri (1) cerita dia (1) christina perri (1) cikshida (1) dark circle (1) derma darah (1) doa iftitah (1) doodle (1) drama band (1) erti (1) erti keberkatan hidup (1) eye roll-on (1) eyebag (1) farizal (1) fizgraphic (1) fonofobia (1) fotofobia (1) gaji (1) garnier (1) google.com (1) header (1) hidup (1) hospital tawau (1) idea (1) imsak (1) instinct (1) integriti (1) j0d0h.... (1) jamal abdillah (1) kanser rahim (1) kawen (1) kecewa (1) kereta (1) khalifah dunia (1) lirik (1) majalah (1) malique (1) mati (1) mcDonald (1) migrain (1) mimpi (1) mohd fahdli (1) niat puasa (1) nik aziz (1) paracetamol (1) pasrah (1) penpatah (1) percaya padaku (1) pesona (1) reward (1) rindu (1) sabah (1) sahur (1) sedih (1) someone like you (1) sony ericcson xperia x10 mini (1) stay (1) stayreward (1) syeera sanders (1) takut (1) terbang (1) tip (1) tip membina pesona diri (1) tulang (1) ungu (1) wan zack (1) wanita (1) warden (1) zzati (1)