USUNG...remaja perempuan yang diserang sawan dibawa menaiki ambulans
ke HSB.
ALOR SETAR: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang dicekup
berkhalwat di sebuah motel di Jalan Kilang Tebu, di sini, kelmarin, tiba-tiba
rebah dan diserang sawan ketika disiasat anggota penguat kuasa Jabatan
Agama Islam Kedah (Jaik).
Keadaan itu menyebabkan anggota penguat kuasa dan teman lelakinya berusia
32 tahun panik apabila mulut remaja terbabit berdarah, lidah tergigit dan seluruh
badannya kekejangan.
Berikutan itu, anggota penguat kuasa Jaik terpaksa menghubungi ambulans
untuk mendapatkan bantuan dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB),
di sini, serta dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.
Ketua Operasi Jaik, Md Nasir Md Dali berkata, remaja terbabit dari Tongkang
Yard, di sini, ditahan bersama pasangannya dari Hutan Kampung, di sini, dalam
operasi sempena Maal Hijrah.
Beliau berkata, lelaki terbabit turut diambil keterangan kerana disyaki
bersekedudukan dengan remaja itu sejak malam Selasa lalu di motel
berkenaan.
“Ini kes pertama membabitkan kejadian seperti ini, tetapi tindakan pantas
anggota kita mengawal keadaan menyebabkan remaja itu dapat diselamatkan.
“Bagaimanapun, kita akan menahan remaja itu sebaik keluar wad untuk diambil
keterangan dan hanya dibebaskan dengan jaminan keluarga sehingga menunggu
tarikh perbicaraan di mahkamah,” katanya.
Menurutnya, di motel sama, pihaknya turut menahan dua pelajar tahun akhir
sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana disyaki berkhalwat,
kira-kira jam 5.15 petang.
Beliau berkata, remaja perempuan berusia 19 tahun itu memberi alasan tinggal
seorang diri kerana baru pulang bercuti di rumahnya di Johor manakala teman
lelakinya berasal dari sini hanya datang menemaninya.
“Bagaimanapun, ketika serbuan, pintu bilik mereka tertutup rapat dan apabila
diketuk mereka mengambil masa lama sebelum membukanya.
Menurutnya, operasi bermula jam 2 petang hingga 8 malam itu membabitkan
28 anggota yang tertumpu sekitar hotel murah di Jalan Pegawai, Simpang Kuala,
Shahab Perdana dan Jalan Lencong Barat, di sini.
Beliau berkata, semua yang ditahan berusia antara 14 hingga 32 tahun dengan
tiga daripada mereka pelajar universiti dan dua pelajar manakala selebihnya
bekerja sekitar negeri ini.
“Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 9(1)dan (2) Enakmen Kanun Jenayah
Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkurung hingga mendatangkan syak
yang jika dan sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM2,000 atau penjara
setahun atau kedua-dua sekali.
“Kebanyakan pasangan memberi alasan menumpang di bilik hotel untuk
berseronok,” katanya.
::::kredit to CARI::::
2 comments:
huhh!! trus lelaki tu bilang,
'nasib baik blum kahwin... ada sawan rupanya..'
hahahaha....
Post a Comment