w00t-w00tttttttt.....

kamu lebih dari f0ll0wers - kamu adalah SAHABATKU-

Wednesday, December 15, 2010

Lelaki Gemparkan McDonald Membuat Pesanan Sambil BERBOGEL!


TIADA PERASAAN MALU: Lelaki berbogel ini, yang sedang berbual di telefon, dikatakan tidak
dilayan para pekerja restoran makan segera McDonald's ketika dia mahu membeli secawan kopi
di restoran itu. -- Foto STORM
SEORANG lelaki dalam keadaan bogel dilihat memasuki sebuah restoran
makanan segera di Ridout Tea Garden dekat Queensway sekitar 4 pagi semalam.
Lelaki itu dipercayai berusia lewat 20-an dengan awal 30-an tahun. Seorang
saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Sean, yang ketika itu berada
di tempat kejadian -di restoran McDonald's - telah menghubungi laman Stomp.

Ketika dihubungi Berita Harian semalam, Encik Sean berkata:
'Saya dan rakan saya berada di McDonald's itu apabila kami ternampak seorang
lelaki tanpa seurat benang pun melangkah masuk. Kami melihat sendiri dengan
mata kepala kami.'

Menurutnya, lelaki berkenaan seolah-olah tidak mengendahkan orang-orang
dan keadaan di sekelilingnya. Bahkan dia langsung tidak peduli walaupun
orang-orang di restoran tersebut kelihatan tidak senang dengan perbuatannya
itu.Dipercayai, tiada seorang pun pekerja di restoran McDonald's itu melayan
lelaki tersebut yang dikatakan ingin membeli secawan kopi. Perkara tersebut
dipercayai telah menimbulkan kemarahannya yang kemudian mencetuskan
kekecohan di dalam restoran itu.

'Rakan saya terdengar lelaki itu ingin membeli secawan kopi, tetapi tiada seorang
pun pekerja McDonald's yang melayaninya gara-gara dia tidak berpakaian itu,'
ujar Encik Sean. Beliau selanjutnya berkata lelaki tersebut terus keluar dari
restoran itu dan kemudian membuat satu panggilan menerusi telefon bimbitnya.

'Apabila permintaannya tidak dilayan, lelaki itu membuat bising lalu keluar. Dia
berlegar di luar McDonald's selama sekurang-kurangnya 10 minit sebelum
beredar,' kata Encik Sean yang berada di tempat kejadian itu bersama seorang
rakannya.

Semasa lelaki itu berada di luar restoran, Encik Sean sempat merakamkan
beberapa keping gambar aksi lelaki tersebut. Encik Sean, bagaimanapun,
menyatakan bahawa beliau tidak membuat laporan polis.

'Saya dan teman saya ingin membuat laporan polis tetapi kami membatalkan niat
itu kerana percaya pihak McDonald's akan berbuat demikian,' katanya.

Ketika dihubungi, pihak McDonald's enggan mengulas tentang kejadian itu.
Jurucakap polis semalam mengesahkan bahawa pihaknya menerima satu
panggilan berhubung kejadian itu pada 4.35 pagi. Polis telah menahan lelaki
itu di luar restoran McDonald's dan dia kini dirujukkan kepada Institut Kesihatan
Mental ( IMH) bagi menjalani ujian psikiatrik. Individu yang berbogel di khalayak
ramai boleh dikenakan hukuman denda hingga $2,000 dan dipenjara sehingga
tiga bulan.

n0te : dunia.....0h...dunia.....

1 comment:

magnoliapert said...

Parah parah :D

http://magnoliapert.blogspot.com/

nak view apa ek??...just click je..:)

Piala AFF (4) jodoh (4) Harimau Malaya (3) 2013 (2) BENASHAARI.COM (2) MAKDARA (2) Najwa Latif (2) REMAJA (2) Rajagobal (2) doa (2) info kesihatan (2) kahwin (2) lelaki (2) mercun (2) perempuan (2) rusuk (2) #doautkMH370 (1) #prayforMH370 (1) 1Malaysia (1) 2012 (1) A Thousand Years (1) AFF SUZUKI (1) ASK (1) AirAsia (1) Al-Fatihah (1) Alfred Riedl (1) Apollo Medical Team (1) BADMINTON (1) BEN ASHAARI (1) BERAS (1) BLACK ft. MALIQUE (1) BURAS (1) Bambang Pamungkas (1) Bernama (1) Borobudur (1) Boyfriend (1) Brain (1) Bruno Mars (1) Bugis (1) CUEPACS (1) Celcom (1) DIET (1) Datuk Hj Juhar Hj Mahiruddin (1) Datuk Seri Dr. Rais Yatim (1) Dejavu (1) Digi (1) FKAT (1) FPI (1) Fakta (1) Firman Utima (1) GAMBIT SAIFULLAH (1) Garuda (1) Haid (1) Happy Fathers Day (1) Happy New Year (1) Homisid (1) ILKA (1) IPTA (1) JUPE (1) Jakarta (1) Jawa Tengah (1) Justin Bieber (1) KARANGKRAF (1) Kinabalu (1) Kristen Stewart (1) Lanun (1) Lulu-Pages (1) MAN KIDAL (1) MARAH (1) MM RAZIF (1) MOJO (1) Maal Hijrah (1) Mackenzie Foy (1) Marion Counter (1) Maxis (1) Microsoft (1) Moshe Dayan (1) NAZA (1) NSAID (1) Nazim Othman (1) Nikah (1) Osman Kering (1) PhD (1) Platonic Love (1) RAYA (1) REMEMBER YOU (1) Robert Pattinson (1) SEAN KINGSTON (1) SHERVINTON EXECUTIE BOUTIQUE HOTEL (1) SITI NURHALIZA (1) SM Nasarudin (1) SSFC (1) Safee Sali (1) Sailendra (1) Sinar Harian (1) Sleeq (1) Surface (1) T-Shirt KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (1) TEVT (1) TV3 (1) Tabung Ahmad Sufi (1) Tawau (1) Teman Pengganti (1) Ultra Malaya (1) VOTE (1) adele (1) aepul drama (1) aidil zafuan (1) alviss kong (1) ariel sharon (1) awek (1) azam (1) baidu.com (1) bank darah (1) berat (1) berkat (1) bogel (1) bulan rejab (1) bunuh diri (1) cerita dia (1) christina perri (1) cikshida (1) dark circle (1) derma darah (1) doa iftitah (1) doodle (1) drama band (1) erti (1) erti keberkatan hidup (1) eye roll-on (1) eyebag (1) farizal (1) fizgraphic (1) fonofobia (1) fotofobia (1) gaji (1) garnier (1) google.com (1) header (1) hidup (1) hospital tawau (1) idea (1) imsak (1) instinct (1) integriti (1) j0d0h.... (1) jamal abdillah (1) kanser rahim (1) kawen (1) kecewa (1) kereta (1) khalifah dunia (1) lirik (1) majalah (1) malique (1) mati (1) mcDonald (1) migrain (1) mimpi (1) mohd fahdli (1) niat puasa (1) nik aziz (1) paracetamol (1) pasrah (1) penpatah (1) percaya padaku (1) pesona (1) reward (1) rindu (1) sabah (1) sahur (1) sedih (1) someone like you (1) sony ericcson xperia x10 mini (1) stay (1) stayreward (1) syeera sanders (1) takut (1) terbang (1) tip (1) tip membina pesona diri (1) tulang (1) ungu (1) wan zack (1) wanita (1) warden (1) zzati (1)