SEORANG pekerja restoran mamak di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur menebar roti
KUALA LUMPUR - Di sebalik peningkatan kos sara hidup yang terus membebankan rakyat, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) mahu menaikkan harga semua makanan dan minuman yang dijual disemua restoran ahli persatuan itu mulai awal tahun depan.
Tindakan yang dilihat agak tergesa-gesa itu tanpa perlu melakukan rundingan dengan kerajaan jelas membuktikan bahawa persatuan tersebut mempunyai kuasa penuh untuk menaikkan harga setiap jenis makanan dan minuman di antara lima hingga 10 peratus.
Seperti biasa alasan yang diberikan oleh Presma untuk menjustifikasikan kenaikan harga itu ialah ahli-ahlinya yang kini seramai 2,700 orang sudah tidak lagi sanggup menanggung kos operasi berikutan kenaikan kos bahan mentah.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO!
1 comment:
mudahnya mereka mahu menjadi raja menentukan turun naik harga...sepatutnya pelanggan yang menjadi raja. Kesilapan telah berlaku dengan kenaikan minyak dan gula, tapi sebagai pelanggan kita julang hak sebagai raja dan jangan biarkan pengusaha restoran meletakkan taraf pelanggan sebagai hamba sahaya...lakukan apa yang terbaik untuk mengajar restoran ini
Post a Comment