w00t-w00tttttttt.....

kamu lebih dari f0ll0wers - kamu adalah SAHABATKU-

Monday, December 27, 2010

maksud tersirat lagu2 m.nasir



Meski lagu ini berentak rancak, ia berjaya membuatkan saya mengalami
goosebumps. Kenapa? Jom kita tengok lirik lagu tersebut:

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Pernah dengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang terpecah
kepada 73 golongan, dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yang
terselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikuti
sunnah Rasulullah dan sahabatnya.
Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah
berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan
ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh
puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan
masuk syurga, iaitu al-Jamaah. (lihat Sunan Abu Daud no 4429).

Maknanya, yang sampai itu bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan
untuk selamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat.
Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut sunnah baginda tak?

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Rangkap ini diekstrak daripada syair Parsi - Musyawarah Burung
(Mantiq Al-Tayr) tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut,
beribu-ribu burung terbang untuk mencari raja mereka, Simurgh.
Daripada beribu-ribu burung tadi, hanya tiga puluh yang berjaya.
Simurgh juga bermaksud 30. Kejayaan mereka membolehkan mereka
sampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai
ke tahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah. Sebenarnya,
advencer burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebut
dalam mencari makna dan hakikat hidup. Raja yang ditemui adalah diri
mereka sendiri. Untuk maklumat lanjut mengenai perjalanan tersebut,
boleh klik sini.

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Algojo itu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau di penjara,
beliau mungkin orang yang memegang butang yang menjadi pemegang lantai
di bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar, yang ditugaskan mengambil
nyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalankan
tugas, boleh tak kita nak kata kat dia, "Oohhh nanti dulu!"?

Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih

Dua rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kita berfikir antara
melihat dari mata burung,with an open mind dan berpandangan jauh atau
sekadar mahu melihat seperti katak di bawah tempurung. Hanya melihat
tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau ada cahaya. Kalau tak ada?
Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah dengan akal dan iman
yang dianugerahkan.

Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

Mula-mula saya kurang faham dengan rangkap ini. Tetapi akhirnya menemui satu blog.
Penulis blog menyatakan bahawa,
"Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah. Rasullullah
mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah
satu sistem yang sempurna. Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna
itu sudah tidak diguna pakai. Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan
manusia sendiri yang terlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi
berlaku dan kita berada DI SINI!"

Ada betulnya kata beliau. Semasa kekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh
Rasulullah mengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebut diubah-ubah,
ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini, di dunia yang penuh kalut ini.

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

Boleh tak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, baru nak merayu,
baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Baru nak kata, yang kita bersaksi
sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah. Sempat tak?

Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari

Yang ni, kena baca Musyawarah Burung. Boleh baca di sini. Boleh juga baca yang telah saya
update sini. Oleh kerana burung hud-hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujud
dan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju, maka kena tanyapada dia lah
tentang semua persoalan yang timbul dalam lirik ini.Musykil lagi? hm..tanya sama itu
Hud-hud!

Hm,amacam? ada rasa gementar tak? Semoga kita juga berjaya temui hakikatkehidupan.
Berjaya mengenal Pencipta sekaligus mengenali diri sendiri. InsyaAllah.

Wallahu'alam.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

n0te : C0PY & PASTE FR0M S0MEWHERE....ILMU tiada batasan.....xsalah kan...

p/s : tq tuk 0wner bl0g NIE......sudi share inf0....

1 comment:

Nur Liyana said...

ilmu yg sgt berharga.. tq.. :))

nak view apa ek??...just click je..:)

Piala AFF (4) jodoh (4) Harimau Malaya (3) 2013 (2) BENASHAARI.COM (2) MAKDARA (2) Najwa Latif (2) REMAJA (2) Rajagobal (2) doa (2) info kesihatan (2) kahwin (2) lelaki (2) mercun (2) perempuan (2) rusuk (2) #doautkMH370 (1) #prayforMH370 (1) 1Malaysia (1) 2012 (1) A Thousand Years (1) AFF SUZUKI (1) ASK (1) AirAsia (1) Al-Fatihah (1) Alfred Riedl (1) Apollo Medical Team (1) BADMINTON (1) BEN ASHAARI (1) BERAS (1) BLACK ft. MALIQUE (1) BURAS (1) Bambang Pamungkas (1) Bernama (1) Borobudur (1) Boyfriend (1) Brain (1) Bruno Mars (1) Bugis (1) CUEPACS (1) Celcom (1) DIET (1) Datuk Hj Juhar Hj Mahiruddin (1) Datuk Seri Dr. Rais Yatim (1) Dejavu (1) Digi (1) FKAT (1) FPI (1) Fakta (1) Firman Utima (1) GAMBIT SAIFULLAH (1) Garuda (1) Haid (1) Happy Fathers Day (1) Happy New Year (1) Homisid (1) ILKA (1) IPTA (1) JUPE (1) Jakarta (1) Jawa Tengah (1) Justin Bieber (1) KARANGKRAF (1) Kinabalu (1) Kristen Stewart (1) Lanun (1) Lulu-Pages (1) MAN KIDAL (1) MARAH (1) MM RAZIF (1) MOJO (1) Maal Hijrah (1) Mackenzie Foy (1) Marion Counter (1) Maxis (1) Microsoft (1) Moshe Dayan (1) NAZA (1) NSAID (1) Nazim Othman (1) Nikah (1) Osman Kering (1) PhD (1) Platonic Love (1) RAYA (1) REMEMBER YOU (1) Robert Pattinson (1) SEAN KINGSTON (1) SHERVINTON EXECUTIE BOUTIQUE HOTEL (1) SITI NURHALIZA (1) SM Nasarudin (1) SSFC (1) Safee Sali (1) Sailendra (1) Sinar Harian (1) Sleeq (1) Surface (1) T-Shirt KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (1) TEVT (1) TV3 (1) Tabung Ahmad Sufi (1) Tawau (1) Teman Pengganti (1) Ultra Malaya (1) VOTE (1) adele (1) aepul drama (1) aidil zafuan (1) alviss kong (1) ariel sharon (1) awek (1) azam (1) baidu.com (1) bank darah (1) berat (1) berkat (1) bogel (1) bulan rejab (1) bunuh diri (1) cerita dia (1) christina perri (1) cikshida (1) dark circle (1) derma darah (1) doa iftitah (1) doodle (1) drama band (1) erti (1) erti keberkatan hidup (1) eye roll-on (1) eyebag (1) farizal (1) fizgraphic (1) fonofobia (1) fotofobia (1) gaji (1) garnier (1) google.com (1) header (1) hidup (1) hospital tawau (1) idea (1) imsak (1) instinct (1) integriti (1) j0d0h.... (1) jamal abdillah (1) kanser rahim (1) kawen (1) kecewa (1) kereta (1) khalifah dunia (1) lirik (1) majalah (1) malique (1) mati (1) mcDonald (1) migrain (1) mimpi (1) mohd fahdli (1) niat puasa (1) nik aziz (1) paracetamol (1) pasrah (1) penpatah (1) percaya padaku (1) pesona (1) reward (1) rindu (1) sabah (1) sahur (1) sedih (1) someone like you (1) sony ericcson xperia x10 mini (1) stay (1) stayreward (1) syeera sanders (1) takut (1) terbang (1) tip (1) tip membina pesona diri (1) tulang (1) ungu (1) wan zack (1) wanita (1) warden (1) zzati (1)