dan menemui ajal di atas bumbung kereta dalam satu kemalangan
ngeri membabitkan dua kenderaan di Kilometer 13, Jalan Kuala Pilah-
Simpang Pertang, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, Muhamad Fadli Arbian, 20, mati
serta-merta akibat cedera parah di beberapa bahagian badan.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Sabri Muhamad
berkata, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian melakukan
siasatan selepas menerima maklumat mengenai kemalangan.
“Berdasarkan siasatan awal, kemalangan itu dipercayai berlaku
apabila mangsa yang datang dari Batu Kikir menghala Kuala Pilah
termasuk laluan bertentangan.
“Berikutan itu, motosikal Honda EX5 yang ditunggangnya bertembung
dengan Proton Gen2 menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian,”
katanya.
Beliau berkata, pemandu Proton Gen2 berusia 39 tahun tidak cedera
dan membuat laporan polis selepas kejadian serta diambil keterangan
bagi membantu siasatan.
Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kemalangan
itu dan pada masa sama meminta kerjasama saksi kejadian supaya tampil
memberi maklumat bagi membantu siasatan.
Mayat mangsa yang beralamat di Kuala Pilah dihantar ke Hospital Jempol
untuk dibedah siasat. Sementara itu, abang ipar mangsa, Mohd Zulfaqar
Ismail, 24,berkata, dia mengetahui mengenai kejadian itu selepas dihubungi
seseorang menggunakan telefon bimbit arwah.
“Saya bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan sebelum melihat adik
ipar masih bernafas. Tidak lama kemudian pegawai perubatan yang berada
di situ memaklumkan arwah meninggal dunia,” katanya.
n0te : ajal tak kira usia, masa, tempat dan keadaan.......
1 comment:
huhuhu..sadisnyer..
Post a Comment