w00t-w00tttttttt.....

kamu lebih dari f0ll0wers - kamu adalah SAHABATKU-

Thursday, December 23, 2010

Mumia temukan Dr. Maurice dengan Islam


Dr. Yahya Maurice Bucaille

PADA pertengahan tahun 1975, Perancis yang ketika itu di bawah
pemerintahan Presiden Francisco Mitterand menawarkan kerajaan
Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia
Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati
tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut
baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan
ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan
pesta dan keramaian.

Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk
hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis.
Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar,
doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat
terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di
Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan
am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat
Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun,
mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik
penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa
garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar
bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera
dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu
kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada
Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik
berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada
laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai
penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan
kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian
Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).
Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi
kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh
Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale
De Medicine, Perancis.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa
penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara
mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga
hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau
menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri
yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan
teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Kisah Firaun dalam al-Quran

Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu
bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun
meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya
diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima
oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan
al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya,
Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah
Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa
(Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada
hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,”
bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun
yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan
mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam
kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak
dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda
dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya
menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas
daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa
yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.

Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan
kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan
para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah
Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera
di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran
berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi
pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya
kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).”

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau
akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan
memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka
lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan,
beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya
aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau
kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh
dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun
1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined
in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya
Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari
dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini
kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada
sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.

“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena
alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar
kalam Allah.


Sumber Utusan Malaysia 16/12/10

:::kredit to CARI:::

1 comment:

Jαnnαhツ said...

astaghfirullah.... maha suci Allah....

nak view apa ek??...just click je..:)

Piala AFF (4) jodoh (4) Harimau Malaya (3) 2013 (2) BENASHAARI.COM (2) MAKDARA (2) Najwa Latif (2) REMAJA (2) Rajagobal (2) doa (2) info kesihatan (2) kahwin (2) lelaki (2) mercun (2) perempuan (2) rusuk (2) #doautkMH370 (1) #prayforMH370 (1) 1Malaysia (1) 2012 (1) A Thousand Years (1) AFF SUZUKI (1) ASK (1) AirAsia (1) Al-Fatihah (1) Alfred Riedl (1) Apollo Medical Team (1) BADMINTON (1) BEN ASHAARI (1) BERAS (1) BLACK ft. MALIQUE (1) BURAS (1) Bambang Pamungkas (1) Bernama (1) Borobudur (1) Boyfriend (1) Brain (1) Bruno Mars (1) Bugis (1) CUEPACS (1) Celcom (1) DIET (1) Datuk Hj Juhar Hj Mahiruddin (1) Datuk Seri Dr. Rais Yatim (1) Dejavu (1) Digi (1) FKAT (1) FPI (1) Fakta (1) Firman Utima (1) GAMBIT SAIFULLAH (1) Garuda (1) Haid (1) Happy Fathers Day (1) Happy New Year (1) Homisid (1) ILKA (1) IPTA (1) JUPE (1) Jakarta (1) Jawa Tengah (1) Justin Bieber (1) KARANGKRAF (1) Kinabalu (1) Kristen Stewart (1) Lanun (1) Lulu-Pages (1) MAN KIDAL (1) MARAH (1) MM RAZIF (1) MOJO (1) Maal Hijrah (1) Mackenzie Foy (1) Marion Counter (1) Maxis (1) Microsoft (1) Moshe Dayan (1) NAZA (1) NSAID (1) Nazim Othman (1) Nikah (1) Osman Kering (1) PhD (1) Platonic Love (1) RAYA (1) REMEMBER YOU (1) Robert Pattinson (1) SEAN KINGSTON (1) SHERVINTON EXECUTIE BOUTIQUE HOTEL (1) SITI NURHALIZA (1) SM Nasarudin (1) SSFC (1) Safee Sali (1) Sailendra (1) Sinar Harian (1) Sleeq (1) Surface (1) T-Shirt KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (1) TEVT (1) TV3 (1) Tabung Ahmad Sufi (1) Tawau (1) Teman Pengganti (1) Ultra Malaya (1) VOTE (1) adele (1) aepul drama (1) aidil zafuan (1) alviss kong (1) ariel sharon (1) awek (1) azam (1) baidu.com (1) bank darah (1) berat (1) berkat (1) bogel (1) bulan rejab (1) bunuh diri (1) cerita dia (1) christina perri (1) cikshida (1) dark circle (1) derma darah (1) doa iftitah (1) doodle (1) drama band (1) erti (1) erti keberkatan hidup (1) eye roll-on (1) eyebag (1) farizal (1) fizgraphic (1) fonofobia (1) fotofobia (1) gaji (1) garnier (1) google.com (1) header (1) hidup (1) hospital tawau (1) idea (1) imsak (1) instinct (1) integriti (1) j0d0h.... (1) jamal abdillah (1) kanser rahim (1) kawen (1) kecewa (1) kereta (1) khalifah dunia (1) lirik (1) majalah (1) malique (1) mati (1) mcDonald (1) migrain (1) mimpi (1) mohd fahdli (1) niat puasa (1) nik aziz (1) paracetamol (1) pasrah (1) penpatah (1) percaya padaku (1) pesona (1) reward (1) rindu (1) sabah (1) sahur (1) sedih (1) someone like you (1) sony ericcson xperia x10 mini (1) stay (1) stayreward (1) syeera sanders (1) takut (1) terbang (1) tip (1) tip membina pesona diri (1) tulang (1) ungu (1) wan zack (1) wanita (1) warden (1) zzati (1)