SKUAD kebangsaan terus tidak tenang apabila diganggu
penyokong fanatik Indonesia ketika sesi latihan terakhir
berhampiran hotel penginapan, semalam.
Kira-kira 20 penyokong Indonesia dilihat menjerit ke arah
pemain kebangsaan yang menjalani latihan ringan selama
satu jam.
Malah mereka membentangkan kain rentang seperti
'Laser No...Football Yes' (Laser Tidak...Bola Sepak Ya) dan
'Raja Gombal pasti hancur'. Gombal membawa maksud kain
yang digunakan untuk mengelap kekotoran.
Gangguan itu menyebabkan Rajagobal tidak dapat mencuba
keupayaan pemain dan membuat latihan taktikal bagi berdepan
Indonesia, malam ini.
Terdahulu skuad kebangsaan terpaksa mengubah lokasi latihan
yang disediakan pihak penganjur iaitu padang ABC Senayan
yang berhampiran dengan stadium kerana bimbang terhadap
keselamatan pemain berikutan kehadiran kira-kira 40,000
penyokong Indonesia yang sedang berasak-asak mendapatkan
tiket asli sejak awal pagi.
Mereka kemudiannya dicadangkan untuk menjalani latihan
di Stadium Lebak Bulus yang terletak di Jakarta Selatan dan
mengambil masa kira-kira dua jam perjalanan kerana
kesesakan lalu lintas walaupun hanya terletak kira-kira
15 kilometer dari hotel penginapan pasukan.
Namun usaha itu juga gagal apabila skuad kebangsaan
tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, sekali gus memaksa
Rajagobal mengatur latihan ringan berhampiran hotel
penginapan yang turut dikawal tiga pengawal keselamatan.
Latihan rasmi kedua-dua pasukan itu tidak dapat dilakukan
di c kerana stadium itu masih dalam proses
membaik pulih padang.
4 comments:
entahlah dorang ni.. extreme tidak berilmu. sikit2 demo.. masa aku di sana dulu prnah juak tgk sekali. habis tu komputer2 dgn satu opis dibakar. gara2 student Xpuas ati ngan dosen (pensyarah). itu yg blajar sampai universiti. kalo yg xda pelajaran adoii na matai...
mereka tdk blh terima kekalahan kot
NN : bkn KOT da...mmg xbleh nak terima kekalahan lha tu...salah satu tandanya ..... d0rang yg LOSER tp kata M'sia LOSER.....hahaha...kelakar kan,,,,
diorang ni merepek jek.. naik bosan dengan perangai orang indon nie lah... :((
Post a Comment